Seronok tak hari macam ni?Ditambah pula dengan tugasan atau assignment yang diberikan dibuat sekadar cukup syarat dan sambil lewa.Empat tahun di menara gading dengan hidup yang macam ni apa yang kita dapat bila habis konvokesyen nanti.Mungkin kita akan dapat scroll macam orang lain,tapi pada kala itu kita boleh menilai dan melihat apa yang sebenarnya kita mahu dan kecapi dalam masa empat tahun dan selepas habis pengajian nanti.
Pada ketika hari kita tak bersemangat untuk menempuh hari-hari,segalanya pasti berubah apabila kita meletakkan niat kepada Yang Esa untuk segalanya.Bermula dari bangun pagi,kita mengucapkan syukur kerana dapat melihat dunia lagi dan berkelana di muka bumi ini lantas Subuh dikerjakan untuk menzahirkannya.Lalu apabila kemeja disarung dan tali leher diikat kemas dihadapan cermin,kita memohon agar akhlak kita elok dan segak seperti wajah kita.
Ketika mana kaki melangkah ke kelas, niat untuk menimba ilmu dan tawakal tersemat di hati dan sanubari.Lantas apabila menyusuri dan melalui jalan ke kuliah terlihat sekeliling pohon-pohon menghijau memberikan oksigen membesarkan lagi kekuasaan Penciptanya.Lalu tika mana berada di dalam dewan kuliah penuh dengan adab dan sopan melihat seimbas lalu apa yang bakal dipelajari hari ini.Perhatian yang tak berbelah bagi diberikan tatkala kuliah dimulakan dan berharap agar ilmu yang dipelajari diberkati.
Sedar tak sedar terdengar lagu irama etnik kreatif di dalam perut,kafeteria menjadi tempat singgahan untuk memperlahankan bunyi lagu tadi.Bergggg...Alhamdulillah..Jam menunjukkan pukul 1.27,dah zohor rasanya.Sekali lagi kita merehatkan minda dan menunaikan zohor.
Hari dah petang,selasai asar pula kasut lotto putih dicapai untuk mengeluarkan sedikit peluh sambil boleh melihat muka kawan-kawan yang dikasihi dan disayangi. Segalamya mudah-mudahan badan sihat untuk kita membuat kebajikan dan terus berkelana di muka bumi ini.
Di malam hari,buku ditatap dan didiskusi sebaik mungkin dengan taulan yang lain demi untuk perkembangan minda serta intelektual tamadun bangsa yang sedang dibentuk ini.Jam melewati pukul 12.45 lebih kurang,seluruh badan dilabuhkan diatas katil double decker tingkat atas bertemankan sebiji bantal dan selimut setia untuk kembali mengumpul tenaga untuk esok hari pula....
Kali ini hidup lebih bermakna kan???Anda macam mana?