AWALUL KALAM

Thursday, November 25, 2010

Tarikan diri??

|
                                           Aku positif untuk beli motor ni..percaya tak?

Sebenarnya aku sekarang dalam minggu exam di UUM.Tapi apa yang ironinya semester ini dengan semester yang lain ialah semester ini merupakan semester terakhir aku disini (hendaknya) sebelum berpraktikum.Jadi antara benda yang selalunya budak sem akhir akan sibuk ialah tantang satu benda alah yang telah diceritakan dalam satu hikayat dahulu kala yang diberi nama praktikum.Aku juga akan menghadapi benda alah ini pada sepurnama yang akan muncul tak lama lagi.

Hendak dipendekkan cerita,aku bertuah kerana mendapat supervisor praktikum yang begitu dikenali dan disegani kredibilitinya dalam kalangan budak-budak akaun iaitu Dr Hisham Selamat. Beliau juga merangkap sebagai Pengetua DPP Mas.Apa yang aku dengar dari mulut-mulut teman sepermainan aku ialah beliau adalah seorang yang amat tegas dan teguh prinsip hidup serta pendiriannya dalam membuat sesuatu keputusan sama ada benda tersebut dianggap remeh atau pun serius sementelah dalam memastikan keberkesanannya.

Sebagai pelajar di bawah pengawasan dan kendaliannya,aku perlu berjumpa dengannya untuk mendapat guidelines atau garis panduan untuk report yang akan aku tulis nanti.Sebelum aku pergi berjumpa denagnnya,bermacam emosi,prasangka dan perasaan yang bercampur baur bermain dalam kotak fikiran aku."Doktor seorang yang tegas,habislah aku..",getus hatiku.Namun aku mula teringat satu buku yang telah aku hadam pada masa cuti banjir yag lalu.

Buku tersebut menceritakan tentang pengaruh tarikan diri dalam kehidupan seharian kita.Dalam buku tersebut ada menerangkan ketika mana dalam sesuatu situasi.Apabila kita memikirkan perkara yang positif dalam kotak fikiran kita tentang apa yang akan berlaku dan terjadi pada kita sementelah pelbagai tanggapan umum yang negatif atau bertentangan dengannya,sistem dalam badan kita akan menghasilkan getaran-getaran positif yang seterusnya akan menghantar elemen tersebut pada sistem saraf dan seluruh anggota tubuh badan.Ini akan menyebabkan elemen-elemen positif akan terpantul pada persekitaran yang pada peringkat seterusnya akan menfasilitasikan getaran yang dihantar tadi.

Dalam erti kata yang lebih mudah,jika kita berfikiran possitf tentang suatu perkara,maka getaran positif juga akan terhasil tanpa bertindih dengan elemen negatif yang lain.Jadi sebelum berjumpa dengan Dr Hisyam,aku telah berfikiran positif tentang beliau dan talah membulatkan satu keyakinan yang utuh lagi kukuh tentang keterbukaan dan toleransinya dalam berhubung dengan aku dalam memberi garis panduan untuk menulis laporan praktikum.Ternyata sangkaan aku tepat,beliau dengan tenang menyambut aku dengan senyuman di pejabat DPP Mas dan memberi penerangan yang baik tantang bagaimana untuk menyiapkan laporan yang berkesan untuk praktikum nanti.Aku keluar dari biliknya dengan hati yang tenang dan tenteram.Tarikan positif memang berhasil,"terlintas dalam fikiranku.
Kesimpulannya,kita perlu sentiasa positif dalam segala kerja buat kita supaya getran positif tersebut dapat dipantulkan ke persekitaran tanpa ada halangan yang menggangu.Allah memang menyruh kita bersangka baik kerana dengan bersangka baik benda yang yang sukar akan dipermudahkan dengan izinNya.
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto