AWALUL KALAM

Sunday, April 11, 2010

Study week!!!!!!

|
Hari ni dah 11 April 2010,buat semua student UUM dah boleh print slip exam mula hari ni kat portal. Sekali lagi aku cuba menyusul setelah sekian lama aku menyepi dari menyinggahkan diri ke Padang pasir ni. Orang lain pun sibuk jugak, tapi entah aku rasa macam dah tak da masa untuk update blog ni. Tak mengapalah.Minggu lepas aku baru daftar tempat praktikum di Makmal Colgis,Pusat Konvensyen UUM.Seberang Jaya dan Bukut Mertajam adalah tempat pilihan yang dipilih walaupun aku ada tempat yang lebih menarik yang ditujui.Pejam celik pejam celik dah nak praktikum aku ni.

Hanya tinggal beberapa semester saja lagi untuk aku menyiapkan diri untuk berhadapan dengan realiti yang sebenar yang semestinya penuh dengan onak diri serta dugaan yang melanda namun harus dihadapi dengan tabah jua walau apa pun yang terjadi.Banyak persoalan yang cuba nak disampaikan,tapi biarlah aku cuba menyentuh satu atau dua isu yang aku fikir boleh kita luangkan dan renungkan bersama.  

Pertamanya apabila aku menyebut soal slip exam,semestinya sekarang adalah masa yang agak kritikal buat semua mahasiswa UUM yang akan menghadapai final exam bermula16 April ni.Sekarang adalah masa revision dan discussion yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin oleh segenap mahasiswa.Tengah hari tadi aku menjamah makan tengah hari di Subaidah bersama Mat Tegap berlaukkan ayam goreng dan kuah campur.Ya tepat sekali harganya adalah tiga ringgit sekupang. Sedang kami rancak menikmati hidangan ayam subaidah disulami kuah campur yang menusuk kalbu,tiba-tiba Mat Tegap tanyakan kepadaku "What is your talent?".Aku pun melihatnya dengan buat muka tak faham  dan pura-pura tak faham.Lalu dia terangkan itu adalah antara soalan yang ditanyalan dalam program yang dihadirinya semalam berkisar soal kerjaya.

"Aku pun tak tau apa talent aku," getus Mat Tegap."Bagi aku pointer tak penting sangat la,yang paling penting kita boleh speaking lancar itu ja," tambahnya lagi sambil tangan terus tertumpu pada pinggan yang masih diisi nasi."Memang la,tapi pointer tak boleh la teruk sangat nanti susah jugak nak pergi interview" aku mencelah sambil tangan satu lagi memegang teh o ais."Kalau aku jadi majikan pun aku akan ambil calon yang boleh komunikasi dengan baik dengan pointer sederhana baik,kalau 4 flat saja belum tentu lagi dapat kerja"Mat Tegap tak mahu mengalah dengan pendapatnya.

Itu adalah sedikit sebanyak sembang-sembang dengan Mat Tegap yang aku kira isu yang tak sudah-sudah dalam pemikiran mahasiswa.Apa yang aku nak sampaikan menuntut ilmu sebaik mungkin,carilah pengalaman terbaik dan usaha serta tawakal kepada Allah jangan dilupa.Allah dah tetapkan rezeki masing-masing,apa yang penting usaha berterusan tanpa menoleh kebelakang adalah yang utama.
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto