AWALUL KALAM

Tuesday, January 26, 2010

Lawak dipagi hari...

|


Hari Isnin yang lepas adalah antara hari yang takdapat aku lupakan dalam siri-siri hari di Uum.Kisahnya begini,diawal pagi ketika aku terbaring diatas katil sambil tidur-tidur ayam,aku melihat tingkah laku roommateku yang sudah pun kalut untuk bersiap ke kuliah.Masa kuliah dia sama dengan aku iaitu 9.30 pagi.Dengan mata yang agak mamai dan dalam keadaaan separuh sedar aku turut bergegas menyiapkan diri untuk ke kuliah juga.

Pada pandangan mata aku,jam menunjukan pukul 9.15 pagi.Cuma tinggal 15 minit sebelum kuliah bermula.Aku bersiap dengan kepantasan maksimum kuasa kuda.Tepat jam 9.29 aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik Mat Romeo untuk sama-sama ke kuliah.Tapi malangnya Mat Romeo masih berada di atas katil dibuai mimpi-mimpi indah bersama lagi 2 orang rakan sepermainannya yang juga teman sebilik.Aku katakan padanya yang aku ingin bertolak ke kuliah dahulu.Dia pun hanya megiyakan saja ketika masih dalam keadaan mamai.Setibanya aku di dewan kuliah,aku membuka pintu dan melihat pensyarah wanita yang sedang memberikan penyampaian.Aku terpaku terkesima atas apa yang sedang dialami.Lantas aku menutup pintu itu kembali dan berlegar-legar di luar dewan kuliah.

Tiba-tiba ada seorang pelajar yang baru sampai dan ingin masuk ke dewan yang sama.Aku tanyakan padanya,'kelas Company Law kan?'Dia katakan Pengurusan Operasi dan terus masuk ke dalam.Aku sekali lagi kebingungan dan kepeningan dek situasi yang terjadi diketika ini.Tiba-tiba aku melihat jam ditangan menunjukan pukul 8.30 pagi.

Kah,kah,kah, aku tergelak keseorangan kerana tersilap tengok jam.Rupa-rupanya yang aku lihat jam pada 9.15 pagi adalah 8.15 pagi sebenarnya..Tanpa melengahkan masa aku pulang ke bilik dan membuat teh o panas untuk menenangkan keadaan sambil diselang-selikan dengan Biskut Cream Crackers yang rangup lagi sedap.Detik demi detik sampailah pada jam 9.25 aku bertolak kembali ke kuliah pada kali yang kedua untuk masa yang sebenarnya.Kali ini aku bersama Mat Romeo berjalan bersama-sama.Sekali lagi kami diberi kejutan apabila kuliah kosong dan hanya ada seorang dua selepas itu.Aku dan Mat Romeo tercengang.Tak lama selepas itu ada seorang pelajar katakan pada kami yang ada memo tentang pembatalan kelas dilekatkan di belakang pintu kuliah.Kami agak kecewa dengan apa yang berlaku tatkala semangat untuk ke kuliah membuak-buak bagaikan air yang yang mahu mendidih dari cerek.Tapi tak mengapa segalanya ada hikmah.Selepas itu,kami terus ke cafe dan menjamah apa yang termampu sambil menunggu untuk ke kuliah yang seterusnya.....

Moral of the story:Kita dikurniakan dengan dua mata,jadi tengok betul-betul
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto