AWALUL KALAM

Friday, September 24, 2010

Tabik la..

|

Ada satu malam.Masa raya dengan kawa-kawan.Kawan aku Zidane(bukan nama sebenar) cerita kat aku dan yang lain-lain tentang cabaran berkahwin pada usia muda ni.Dia akan berkahwin dengan pasangannya pada hujung tahun ni.Suatu yang agak mencabar kejantanan aku dan kawan-kawan lain yang belum berkahwin lagi.Diantara kami dialah yang terawal setakat ni.Untuk pengetahuan,Zid dan pasangannya sekarang berada pada tahun akhir di IPT.

Dia cerita dari mula macam mana dia boleh kenal dan bertunang dengan si Dia dan sekarang menanti hari yang dirtunggu-tunggu iaitu akad nikah dan kenduri kahwin seterusnya.Zidane pun cerita kat kami.

"Mula-mula aku dapat satu group assignment dengan dia.Masa discussion,kami asyik tak setuju satu sama lain.Tak ada niat pun nak berbaik dengan dia.",terang Zidane panjang lebar."Tapi bila dah satu group ni,mestilah kita saling bermesej-mesej.",semua yang dengar pun meleretkan senyuman hingga ke telinga.

"Lama kelamaan rasa tak setuju satu sama lain pada mulanya bertukar kepada hubungan persahabatan yang lebih baik dan tenteram.Bila aku mula nak kawan dengan dia,aku pun  terus mintak nombor telefon abang dia.Dia pun terus bagi dan tak tanya pulak aku nak buat apa dengan nombor tu.Apa lagi aku terus call abang dia dan beritahu yang aku tengah berkawan dengan adik perempuan dia,dan kalau ada apa-apa yang berlaku kat adik dia,boleh tanya kat aku.Abang dia pun memberi respon yang baik.

Selepas tu aku pun sering kerumah dia dan cuba membina hubungan yang baik dengan keluarga dia.Lama kelamaan aku dah boleh sembang rancak dengan semua ahli keluarga dia termasuklah ayah dia.Lalu,tanpa menoleh kebelakang lagi setelah hampir setahun berlalu aku pun menyatakan hasrat aku kepada ayah dan emaknya.

Mula-mula masa nak terang kat mak dan ayah dia tentang hasrat aku yang nak berkahwin dengan anak dia,mak dengan ayah dia macam tak boleh terima.Ayah dia dah sebak-sebak.Mak dia dah berlinangan pun.Lalu aku tabah memberi dalil-dalil yang ada dan cuba meyakinkam mereka tentang soal usaha dan rezeki.Alhamdulillah,mereka faham juga akhirnya."Ye lah rasa tak puas lagi nak jaga anak perempuan ni,dah nak bagi kat orang dah,itulah mungkin perasaan mereka",aku menyampuk.

Bagi pihak keluarga aku,semua kira setel.Ayah aku pun terus bincang dengan pihak keluarga sebelah sana.Seterusnya tarikh pertunangan dan akad nikah pun diatur dan dipersetujui bersama kedua belah pihak.
Sekarang diharapkan semua yang diatur dapat dipermudahkan oleh Allah untuk memastikan aku dan dia dapat disatukan.

p/s:Untuk makluman Zid sama umur dengan aku 22 tahun gak,berani betul dia ni.Aku tabik la.Tak ramai yang berani mendirikan rumah tangga ketika masih belajar ni.Apa pun aku doakan Zid dan pasangannya kekal bahagia apabila berkahwin nanti membina satu bahtera rumah tangga seterusnya memacu ke arah keluarga yang diredhai Allah hendaknya.Amin.








Read more »

Thursday, September 23, 2010

Salam Lebaran....

|
               Ni gambar dalam Masjid Taman Guar Perahu.Ambil kat internet,tak berapa jelas sikit.

Salam Syawal.Pertamanya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan dan kesilapan.Marilah kita bermaafan di bulan yang mulia ini.Dah lama betul aku tak menulis ni.Sebenarnya banyak benda yang berlegar-legar dalam kepala ni,cuma kekangan masa dan faktor-faktor lain menyebabkan satu entry pun gagal dipostkan semenjak dua menjak ni.

Aku nak mulakan dengan sedikit cerita tentang Hari Lebaran yang baru kita sambut tempoh hari.
Pada pagi raya.Lebih kurang jam 8 pagi,aku telah pun siap berbaju melayu dan sedia untuk ke masjid."Kali ni aku nak buat rekod sikit,nak solat kat ruang dalam masjid.Pasal sebalum kalau datang lambat kena solat kat luar la jawabnya,"aku cuba memasang cita-cita.Lantas tanpa membuang masa lagi aku memakai selipar di belakang rumah dan terus menuju ke masjid yang tak berapa jauh dengan rumahku sebenarnya.Ternyata cita-citaku nampak seakan menuju sinar kejayaan apabila ruang di dalam masjid masih terdapat kekosongan.Aku pun meyelinap masuk untuk mencari port yang baik.

Para jemaah di Masjid Abu Bakar As Siddiq,Taman Guar Perahu dilihat bersama -sama bertakbir sambil menunggu untuk bersolat Hari Raya.Tiba-tiba..

"Assalamualaikum para jemaah.Saya ada sedikit teguran nak buat sementara menunggu untuk Solat Hari Raya."Ustaz Bakar Bakilani selaku pengerusi masjid memulakan bicara di pagi yang cukup bermakna.Antara apa yang ditegur dan diingatkan oleh beliau ialah:

1)Marilah kita sama-sama membangunkan organisasi masjid dengan bersungguh-sungguh.Bermula dari masjidlah segala masalah dapat diatasi.Masyarakat yang rosak antara puncanya adalah kegagalan masjid untuk berfungsi secara lebih efisyen dan berkesan.Tak dinafikan ada juga faktor-faktor lain.Namun,menjadi tanggungjawab kita bersamalah untuk membimbing masyarakat di qaryah in untuk memastikan semua ahli qaryah dapat memahami dan mengaplikasikan apa yang dianjurkan Islam dalam kehidupan seharian.

2)Janganlah kita jadikan perbezaan ideologi dalam politik untuk kita tidak bersama dan berpecah dalam membangunkan institusi masjid ini.Ini kerana perpecahan ideologi dalam politik perlulah diletak tepi dan kita harus bersama untuk membantu memastikan institusi masjid dapat berperanan dengan lebih baik.

3)Kita juga menganjurkan jika ada sesiapa yang mempunyai cadangan atau pendapat atau juga teguran boleh dibuat kepada mana-mana AJK masjid yang ada.Ini adalah lebih baik.Kita tidak sempurna,maka kesilapan mungkin akan berlaku.Janganlah kita asyik mengata dibelakang tanpa disalurkan pada saluran yang betul.

Ini adalah antara teguran dan peringatan yang mana kita boleh ambil perhatian.Sesungguhnya institusi masjid sememangnya memainkan peranan yang amat penting bagi mendidik masyarakat secara amnya dan para belia anak muda secara khususnya dalam memastikan cara hidup yang berlandaskan agama dapat direalisasikan dengan jayanya.

p/s:jom p masjid!!
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto