AWALUL KALAM

Thursday, April 29, 2010

Jangah balik woi!!!teman aku....

|
Sekarang musim peperiksaan di UUM  berada pada minggu-minggu yang terakhir atau dah nak habis, kurang lebih dalam jangka masa satu minggu saja lagi.Ada yang telah pulang ke kampung halaman sebaik selesai sesi peperiksaan yang terakhir.Ada juga yang masih bertungkus lumus menghabiskan sisa-sisa hari-hari terakhir di UUM untuk menamatkan peperiksaan yang masih belum selesai.Aku sendiri masih berada disini menanti detik kemerdekaan buat sekelian kalinya khasnya buat semua yang bergelar student.

Apa yang aku nak kongsi bukanlah isu pembunuhan adik AMINUL RASHID BIN HAMZAH,ataupun liputan PRK bagi parlimen P.094 HULU SELANGOR,bukan juga tentang APCO,dan pasti bukan juga tentang Barcelona yang tewas pagi tadi kepada Inter Milan dengan agregat 2-3 yang akan bertemu Bayern Munich pada final liga juara-juara.Bukan kerana isu-isu ini tak menarik,tetapi tak salah kiranya aku memilih isu yang berada dekat dengan aku agar tak keliru dalam menjustifikasi dan juga agar tak songsang dalam menafsir.

Apa yang sebenarnya yang ingin aku sentuh adalah berkenaan dengan sikap kita khususnya mahasiswa ketika musim peperiksaan dan selepas musim peperikasaan.Apa yang boleh aku simpulkan ialah apabila kita berhadapan dengan suatu ujian atau peperiksaan,maka kita akan bertindak untuk mempersiapkan diri supaya dapat menghadapinya dengan baik dan tenang hendaknya.Sekadar pemantauan rambang yang aku buat di kolej,seseorang akan menjadi rajin dan baik dengan menelaah buku tatkala makin menghampiri tarikh peperiksaan.Memang ajaib,apabila seseorang yang poular dengan rajinnya bermain game akan berubah 200% sikapnya disaat menhadapi peperiksaan.Namun apabila selesai saja peperiksaan,individu itu dilihat akan bersikap membuang masa serta acuh tak acuh dengan apa yang hendak dibuatnya.Matlamat nidup serta tujuan hidup adalah kelihatan kabur dan tak menentu.Seolah-olah dibutakan kedua-dua belah matanya untuk berkelana di bumi ini.

Ini yang menjadi persoalannya.Kemana jati diri dan semangat para mahasiswa kita dalam mencorak arus kehidupan mendatang yang pasti penuh dengan cabaran..Secara keseluruhannya mesej yang aku cuba sampaikan adalah suasana exam dapat mungubah sikap kita pada awalnya dan berubah kembali pada selepasnya.Disini aku tinggalkan satu persoalan iaitu tahukah kita bahawa kita sentiasa diperiksa setiap masa 24 jam tanpa henti oleh Sang Pencipta?????? 
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto