hidup ni memang macam-macam...
AWALUL KALAM
Thursday, March 18, 2010
Terbaik!!!
Dah agak lama aku tak upate blog ni. Rasanya dah bersawang dan banyak sampah la yang nak kena bersihkan ni. Hari ni aku nak cerita apa yang aku rasa perlu.Mungkin agak terlalu umum.Tapi tak mengapa. Aku ada terbaca satu artikel yang mengingatkan kita supaya jangan berhenti menulis terlalu lama apabila telah memulakannya. Ini kerana ia akan menyebabkan kita hilang minat dan seterusnya akan mengurangkan kecenderungan kita untuk terus berblog atau berkongsi cerita dan pengalaman ringkasnya menulis. Menulis bukanlah suatu benda yang kecil. Apabila kita menulis, ia sebenarnya adalah satu mekanisme atau metodologi yang secara tak langsung membina satu perwatakan yang lain dari yang lain. Ada seorang pensyarah didalam kelas aku yang mengatakan kita perlu jadi seorang yang lain dari orang biasa jika kita hendak menjadi seorang yang luar biasa.
Buat masa sekarang adalah masa yang begitu menyibukkan bagi para mahasiswa. Segala assignment individu dan juga kumpulan serta pembentangan adalah banyak dibuat dalam masa seminggu dua ni. Ini adalah antara sebab dan musabab yang menyebabkan blog ni mengalami kesepian dan kekosongan dari sebarang entry.Apa yang boleh aku bagi sedikit pandangan adalah cara kita menguruskan masa.Aku pernah bersembang dengan seorang senior sekolah aku yang sedang menghabiskan studynya di selatan tanah air dalam bahagian doktor.Ketika kami bersembang tentang kenangan masa zaman sekolah menengah dulu,tiba-tiba dia bertanyakan pada aku tentang study aku buat masa sekarang.
Macam mana study?soalan dari senior .Makin lama makin jatuh la pointer bang,jawab aku dengan nada sedih sambil buat muka insaf dan kesian.Kadang-kadang sibuk dengan program kat Uum,banyak sangat sampai tak sempat nak study,keluh aku lagi.Dengan muka sedikt senyum sambil menampakkan sedikit gigi,abang senior memulakan bicara.Macam ni la,cuba kita bayangkan kita duduk dalam bilik yang kecil,apa yang kita nak buat dalam bilik itu untuk memastikan kita berada dalam keadaaan selesa dan mampu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain.Abang percaya kalau bilik dah kecil ditambah dengan susunan barang yang tak teratur dan tak kemas mestilah bilik itu hampir menyamai macam tongkang pecah atau sarang tikus,getusnya lagi.Aku terus memberi tumpuan yang tak pernah padam pada apa yang cuba disampaikannya. Tetapi kalau bilik yang kecil itu dapat disusun barangnya dan segala perabot dan peralatn yang ada dengan kemas dan cantik,maka bilik itu akan menjadi bilik idaman kita.Ditambah pula susunan katil yang kemas dan ditanbah dengan pewangi bilik,itu akan menambahkan semangat kita untuk pulang ke bilik apabila habis kuliah dan membaringkan badan diatasnya untuk mendapat sedikit kerehatan.
Tumpuan dan postur badan aku terus diberikan pada penyampaiannya. Sama la macam masa,kalau kita mempunyai masa yang sedikit kerana dihimpit oleh berbagai urusan dan hal yang sememangnya tak dapat kita elak, maka kita perlu menyusunnya dengan sebaik mungkin.Masa kekosongan yang ada pelu diisi sebaik mungkin.Jadi marilah kita jadikan masa kita sesuatu yang amat bermakna dan berguna dengan tidak mensia-siakannya.