AWALUL KALAM

Wednesday, April 21, 2010

Minta gula sikit..

|


"Dahaga betul bila tengah study ni,"getusku pada Din dan Moktey.Din dan Moktey adalah room mate aku dari  sem lepas sampai sekarang.Kelihatan dalam tupperware,gula sudah pun hampir habis dek kerana rajinnya kami membuat minuman di bilik.Teh dan milo masih lagi ada.Kita minum tak payah boh gula la,aku cuba melawak.Tapi Din dan Moktey buat muka serius dan tak gelak pun.Aku terkejut,kerana selalunya bila aku buat lawak,diorang gelak."Diorang dahaga ni",kataku dalam hati.

"Bilik Farid ada gula lagi,boleh guna gula depa dulu",kata Moktey.Ya tak ya juga,terlupa pulak aku yang kami ada jiran bilik yang masih ada gula lagi.Dengan pantas dalam masa tak kurang seminit, "Assalamualaikum,mintak gula sikit nak buat air,"pintaku dengan muka kesian tapi macho pada semua penghuni bilik itu iaitu Farid,Pak Long Dan Mi.

"Lepas buat tu,tinggal sikit kat kami,kami pun nak minum gak",Farid yang sedang main PES terhenti seketika dan tersenyum."Tak dak hal la",aku menyakinkan mereka tentang air yang akan kubuat ini adalah yang terbaik sambil menunjukkan tanda best."Buat sedap-sedap sikit"sambil Pak Long dan Mi juga cuba untuk menyampuk.

Begitulah asam garam hidup berjiran.Sedar tak sedar kita yang bergelar manusia ini adalah saling memerlukan antara satu sama lain.Hari ni mungkin kita dalam kesusahan.Siapa tahu hari esok giliran kita hulurkan bantuan.Kalau budaya ini menjadi satu kebiasaan pada seluruh masyarakat kita,maka harmoni dan aman damailah kehidupan kita hendaknya.Didalam kesibukan para mahasiswa di UUM dan juga di IPT yang lain menelaah pelajaran yang hendak ditanya dalam peperikasaan,diharapkan sukses-sukses selalu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto