AWALUL KALAM

Saturday, February 27, 2010

Selesai dah abang aku...

|
Seminggu yang meletihkan.Itulah ungkapan yang sesuai oleh diucapkan tatkala setelah selesai majlis kenduri perkahwinan abang aku yang sulong iaitu Ahmad Fuad dengan pasangannya Nor Shafawati.Semangat kejiranan,itu adalah satu persoalan yang boleh kita ulas sepanjang minggu persiapan menjelang kenduri perkahwinan abangkuyang berlangsung minggu lepas.

Pertamanya,tahniah kepada ahli keluargaku kerana buat yang terbaik untuk kenduri ni terutama kedua ibu bapaku Hj Ahmad Adzme dan Che Salbiah yang bertungkus lumus menyiapkan pelbagai persiapan.Tak lupa juga pada kakak ku Suhana dan adikkuRabiatul Adawiyah yang turut memberikan kerjasama yang baik.

Sekalung perhargaan juga pada seluruh saudara mara yang hadir menghulurkan bantuan demi untuk melancarkan majlis yang berlangsung.Aku nak kongsi sikit sikap yang boleh kita ambil dari majlis ni.Sekali lagi aku ingin tabik spring pada jiran-jiran aku yang tak henti-henti berulang alik kerumah aku untuk kenduri ni.Apa yang menarik,mereka tak payah diarah dan disuruh untuk membuat segala macam kerja,tetapi dengan tangkas dan cergas terus membuat apa yang patut dari awal majls sampailah dipenghujung kenduri dengan lancarnya.

Bagaikan sudah menghadirkan diri dalam kem BTN pulak getus hatiku.Betul,jiran-jiran aku begitu selesa dan relaks membuat segala persiapan tanpa rasa was-was pun.

Syabas buat semua yang terlibat semoga kalian mendapat keberkatan dalam melalui liku-liku kehidupan.
Read more »

Sunday, February 7, 2010

1+1=2

|

Petang tadi baru habis mid sem ekonomi gunaan.Boleh tahan jugak soalannya.Hari ini aku nak menulis tentang apa yang aku rasa penting dalam kehidupan kita sebagai mahasiswa atau orang yang menuntut ilmu.Mungkin dah banyak orang yang bagi pandangan dalam hal ni.Atau pun mungkin jugak ada yang tajuk pun sama dengan tajuk kat atas ni.

Aku ada satu soalan,apa yang selalu kita harapkan apabila hadir dalam satu kelas?Mungkin ada yang jawab nak dapat 'A',nak skor gred bagus,memang dah kena hadir, atau pun pasal pensyarah suka buat lawak.Apa pun jawapan kita,tak mengapa kerana memang itu datang dari hati kecil kita sendiri.

Namun apa yang boleh dikongsi disini ialah apabila kita hadir kesatu-satu kelas kita menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.'A' bukanlah segalanya,namun nilai kemanusiaan yang dapat disemai dan dibentuk dengan baik oleh sang pengajar itu yang lebih terkesan.Jika guru itu mengajar 1+1=2,bukanlah kita tak nak ilmu itutapi bukanlah sekadar itu saja bahkan lebih dari itu.Itulah Sang Murabbi...
Read more »

Tuesday, January 26, 2010

Lawak dipagi hari...

|


Hari Isnin yang lepas adalah antara hari yang takdapat aku lupakan dalam siri-siri hari di Uum.Kisahnya begini,diawal pagi ketika aku terbaring diatas katil sambil tidur-tidur ayam,aku melihat tingkah laku roommateku yang sudah pun kalut untuk bersiap ke kuliah.Masa kuliah dia sama dengan aku iaitu 9.30 pagi.Dengan mata yang agak mamai dan dalam keadaaan separuh sedar aku turut bergegas menyiapkan diri untuk ke kuliah juga.

Pada pandangan mata aku,jam menunjukan pukul 9.15 pagi.Cuma tinggal 15 minit sebelum kuliah bermula.Aku bersiap dengan kepantasan maksimum kuasa kuda.Tepat jam 9.29 aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik Mat Romeo untuk sama-sama ke kuliah.Tapi malangnya Mat Romeo masih berada di atas katil dibuai mimpi-mimpi indah bersama lagi 2 orang rakan sepermainannya yang juga teman sebilik.Aku katakan padanya yang aku ingin bertolak ke kuliah dahulu.Dia pun hanya megiyakan saja ketika masih dalam keadaan mamai.Setibanya aku di dewan kuliah,aku membuka pintu dan melihat pensyarah wanita yang sedang memberikan penyampaian.Aku terpaku terkesima atas apa yang sedang dialami.Lantas aku menutup pintu itu kembali dan berlegar-legar di luar dewan kuliah.

Tiba-tiba ada seorang pelajar yang baru sampai dan ingin masuk ke dewan yang sama.Aku tanyakan padanya,'kelas Company Law kan?'Dia katakan Pengurusan Operasi dan terus masuk ke dalam.Aku sekali lagi kebingungan dan kepeningan dek situasi yang terjadi diketika ini.Tiba-tiba aku melihat jam ditangan menunjukan pukul 8.30 pagi.

Kah,kah,kah, aku tergelak keseorangan kerana tersilap tengok jam.Rupa-rupanya yang aku lihat jam pada 9.15 pagi adalah 8.15 pagi sebenarnya..Tanpa melengahkan masa aku pulang ke bilik dan membuat teh o panas untuk menenangkan keadaan sambil diselang-selikan dengan Biskut Cream Crackers yang rangup lagi sedap.Detik demi detik sampailah pada jam 9.25 aku bertolak kembali ke kuliah pada kali yang kedua untuk masa yang sebenarnya.Kali ini aku bersama Mat Romeo berjalan bersama-sama.Sekali lagi kami diberi kejutan apabila kuliah kosong dan hanya ada seorang dua selepas itu.Aku dan Mat Romeo tercengang.Tak lama selepas itu ada seorang pelajar katakan pada kami yang ada memo tentang pembatalan kelas dilekatkan di belakang pintu kuliah.Kami agak kecewa dengan apa yang berlaku tatkala semangat untuk ke kuliah membuak-buak bagaikan air yang yang mahu mendidih dari cerek.Tapi tak mengapa segalanya ada hikmah.Selepas itu,kami terus ke cafe dan menjamah apa yang termampu sambil menunggu untuk ke kuliah yang seterusnya.....

Moral of the story:Kita dikurniakan dengan dua mata,jadi tengok betul-betul
Read more »

Sunday, January 17, 2010

remaja.....

|

Tempoh hari tatkala aku menyantap makanan di cafe dengan rakanku,tiba-tiba dalam kerancakan kami bersembang,dia dengan secara tak sengaja menanyakan aku soal 'cari jodoh padaku'.Kawanku ini sedang hangat 'berkawan' dengan rakan perempuannya yang tak berapa jauh kolej kediamannya dengan kami.Puas aku mengalih isu untuk berbicara tengtang soal lain seperti politik,ekonomi dan sebagainya yang lebih hangat tapi dia tetap tak berputus asa untuk mengetahui pandangan aku tengtang soal ini.Lebih tepat,dia ingin tahu bagaimana aku ingin mencari pasangan hidup dikala ingin mendirikan masjid yang entah bila akan terbina itu.

Bagi aku,pandangan aku cukup jelas dalam soal ini.Tentulah ingin mencari yang terbaik dari segalanya untuk dijadikan teman sehidup semati.Tetapi pada hakikatnya kita bukanlah yang terbaik.Aku juga ingin hubungan aku dengan bakal pasangan aku mendapat keberkatan dan bukannya kejian dariNya sepanjang perkenalan kami.

Aku rasa ramai yang sependapat dengan aku.Kalau tak ramai pun, mungkin sebilangan besar.Kawan aku juga bertanyakan bagaimana caranya untuk 'mencari' nanti..Kebetulan aku baru menonton Filem Ketika Cinta Bertasbih 2 yang dipasang teman sebilik aku dan juga ditonton oleh jiran bilik kami yang lain.Sikap yang dunjukkan oleh Abdullah Khairul Azzam sebagai watak utama dalam filem ini wajar dicontohi.Ini dapat dilihat apabila dia yang tidak berputus asa mencari jodoh akhirnya bertemu jodoh diakhir babak.Ketika babak dia meminta Pak Kiyai mencarikannya jodoh,apa yang dikatakannya pada Pak Kiyai adalah apa-apa pilihan yang tebaik pada pandangan Pak Kiyai adalah tebaik baginya sebulat suara tanpa banyak syarat dan soal.Ini satu lagi sikap Azzam yang tidak terlampau memilih kepada syarat yang agak menyulitkan.

Realitinya aku juga tiada pengalamnan dan hanya pandai memberi pandangan.Hakikatnya belum tahu..Anda macam mana?
Read more »

Monday, January 11, 2010

Macam mana hari ni?

|


Apa makna hari yang bermakna?Pasti ada banyak versi jawapan-jawapan yang akan kita dapat dari individu yang berbeza.Ada yang rasa ok dah hari yang macam ada sekarang ni.Bagi student,rutin seharian boleh kata macam nak sama kebanyakan orang.Mula dari pagi bangun subuh.Lepas tu,ke kelas atau kuliah.Sampai tengah hari,kalau ada masa sikit pergi makan tengah hari dan zohor.Lepas tu sambung kelas ballik sampai petang.Balik asar pulak,bersukan sikit,joging atau pun main bola.Lepas tu maghrib dan makan malam.Balik  Isya pulak,lepas tu baru nak tengok buku sikit.Sampai pukul 1 lebih kurang tidur dah.Tiap-tiap hari kita ulang rutin atau benda-benda aktiviti yang sama setiap hari.

Seronok tak hari macam ni?Ditambah pula dengan tugasan atau assignment yang diberikan dibuat sekadar cukup syarat dan sambil lewa.Empat tahun di menara gading dengan hidup yang macam ni apa yang kita dapat bila habis konvokesyen nanti.Mungkin kita akan dapat scroll macam orang lain,tapi pada kala itu kita boleh menilai dan melihat apa yang sebenarnya kita mahu dan kecapi dalam masa empat tahun dan selepas habis pengajian nanti.

Pada ketika hari kita tak bersemangat untuk menempuh hari-hari,segalanya pasti berubah apabila kita meletakkan niat kepada Yang Esa untuk segalanya.Bermula dari bangun pagi,kita mengucapkan syukur kerana dapat melihat dunia lagi dan berkelana di muka bumi ini lantas Subuh dikerjakan untuk menzahirkannya.Lalu apabila kemeja disarung dan tali leher diikat kemas dihadapan cermin,kita memohon agar akhlak kita elok dan segak seperti wajah kita.

Ketika mana kaki melangkah ke kelas, niat untuk menimba ilmu dan tawakal tersemat di hati dan sanubari.Lantas apabila menyusuri dan melalui jalan ke kuliah terlihat sekeliling pohon-pohon menghijau memberikan oksigen membesarkan lagi kekuasaan Penciptanya.Lalu tika mana berada di dalam dewan kuliah penuh dengan adab dan sopan melihat seimbas lalu apa yang bakal dipelajari hari ini.Perhatian yang tak berbelah bagi diberikan tatkala kuliah dimulakan dan berharap agar ilmu yang dipelajari diberkati.

Sedar tak sedar terdengar lagu irama etnik kreatif di dalam perut,kafeteria menjadi tempat singgahan untuk memperlahankan bunyi lagu tadi.Bergggg...Alhamdulillah..Jam menunjukkan pukul 1.27,dah zohor rasanya.Sekali lagi kita merehatkan minda dan menunaikan zohor.

Hari dah petang,selasai asar pula kasut lotto putih dicapai untuk mengeluarkan sedikit peluh sambil boleh melihat muka kawan-kawan yang dikasihi dan disayangi. Segalamya mudah-mudahan badan sihat untuk kita membuat kebajikan dan terus berkelana di muka bumi ini.

Di malam hari,buku ditatap dan didiskusi sebaik mungkin dengan taulan yang lain demi untuk perkembangan minda serta intelektual tamadun bangsa yang sedang dibentuk ini.Jam melewati pukul 12.45 lebih kurang,seluruh badan dilabuhkan diatas katil double decker tingkat atas bertemankan sebiji bantal dan selimut setia untuk kembali mengumpul tenaga untuk esok hari pula....

Kali ini hidup lebih bermakna kan???Anda macam mana?
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto