hidup ni memang macam-macam...
AWALUL KALAM
Friday, December 25, 2009
Balik Kampung
Lebih kurang jam 6 petang baru kami sampai di rumah setelah keluar dari rumah pada jam 11 pagi.Hari ni aku,adik,ayah dan mak balik kampung di Juru,Bukit Mertajam.Disini adalah kampung sebelah ayah.Mak aku di Tanah Liat.Disinilah tempat ayah aku dibesarkan sehinggalah mula bekerja dan berpindah apabila berumah tangga.Apabila melalui rumah Tok Wan aku yang telah dipenuhi lalang-lalang buas,memori silam terkenang kembali apabila zaman Tok(nenek) aku masih hidup kira-kira 7 tahun lalu.Tok Embun(nenek aku) telah pergi menghadap Ilahi pada tahun 2002.Ketika itu aku masih ingat apabila dijemput di dalam kelas 2.2 SMKA ALMASHOOR (L) oleh ayah untuk pulang kerana tok telah meninggal dunia.
Sebelum ini juga rumah usang inilah meenjadi tempat saudara mara berkumpul untuk berjumpa terutama apabila hari raya atau pada musim cuti sekolah.Sebelum kami berpindah ke Pulau Pinang,disinilah tempat kami pulang untuk beraya dari Kuala Lumpur.Apabila kami sampai di rumah tok,dia akan cium kami sepuas puasnya.hehe..cucu kesayangan la masa tu..Setiap hari dia akan siapkan lauk yang begitu banyak untuk kami.Tok wan akan mencari bantal dan tilam untuk kami tidur pada malamnya.Pada ketika itu Tok Wan adalah bilal masjid di situ.Sebab tu jugaklah kami ni senang orang kenal gak kat kampung tu.
Itu adalah suasana di rumah tok wan dan tok lebih kurang 7 tahun lalu.Kini semua tinggal kenangan.Sekarang Tok Wan tinggal dengan Man Ndak yang dok kat kampung tu jugak.Terima kasih untuk Mak Ndak dan keluarga kerana menjaga Tok Wan.Juga terima kasih kepada Pak Njang dan Mak Njang.Juga kepada ayah dan mak.Macam warga emas yang lain,ingatan Tok Wan tak berapa baik.Terpancar dari sinar wajahnya kesepian dan kesunyian yang teramat sangat apabila kami menjenguknya.Disaat-saat macam ni tumpuan anak-anak dan cucu adalah elemen yang teramatlah penting bagi mengisi ruang-ruang sisa masa yang makin senja mengufuk.Tapi yang menjadi masalahnya adalah kesedaran sivik yang kurang dari anak-anak dan cucu menyebabkan segmen timbal balas kasih sayang gagal untuk berjalan dengan baik seterusnya menimbulkan konflik dalam sesebuah keluarga.
Seperti selalu dalam drama-drama melayu ditv,apabila ayah dan mak telah menjengah usia,mereka seakan-akan bola sepak Piala Liga Juara-Juara Eropah yang disepak kesana kesini.Tentu kita pun tak nak jadi macam tu kan..
Bertepatan dengan itu lah Islam pun menganjurkan untuk memuliakan kedua ibu bapa.Nak kata uff pun tak boleh apatah lagi yang lain-lain..Sememangnya kita tak rasa apa yang mereka rasa sebab belum sampai giliran kita..Tapi tak kan nak tunggu sampai kita tua dan anak-anak kita buat benda yang sama kat kita baru kita nak insaf pulak..
Mahu atau tak kita mestilah menjadi satu generasi yang menyedarkan masyarakat sekeliling tentang kepentingan untuk memelihara ibu bapa dengan sebaik mungkin.Janganlah biarkan roda ini terus berputar tanpa ada sesiapa pun yang memperbetulakannya ke landasan yang lurus lagi terpuji.Oleh itu ayuh kita betulkannya bersama-sama..