AWALUL KALAM

Wednesday, December 30, 2009

Malaysia vs Syria

|

All the best!!Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk diberikan pada skuad bola sepak negara apabila melayan kunjungan Syria di Bukit Jalil malam ini. Ini baru 'friendly' belum apa-apa lagi.

Untuk pengetahuan,mengikut rekod terbaru yang dikeluarkan FIFA,Syria menduduki tangga ke 91 dunia manakala Malaysia sekadar menduduki tangga ke 160 dunia.

Walaupun jurang perbezaan angka ini agak besar,ini seharusnya tidak menjadi satu kayu ukur untuk meramal apa yang berlaku di atas padang pada malam ini.Kan bola itu bulat.Haha...Lagi satu bukti atau pun pendorong yang kita boleh ambil ialah Senegal yang menduduki tangga ke 89 dunia sekarang telah pernah menundukkan Perancis pada perlawanan pembukaan Piala Dunia tempoh hari yang mana Perancis pada kedudukan sekarang ialah di tangga ke 7 dunia.Lagi besar jurang angka tu kan..haha..

Apa-apa pun,tahniah buat K.Rajagopal kerana telah berjaya membawa pasukan negara untuk merangkul emas pada Temasya Sukan Sea di Laos tempoh hari.Buat seluruh skuad bola sepak negara selamat maju jaya diucapkan.Semoga saingan yang hebat akan dapat diterjemahkan pada aksi bertemu Syria malam ini.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto