Bagi seorang pelajar macam aku,bertemu dengan guru atau pensyarah adalah suatu kemestian pada setiap hari untuk menuntut ilmu.Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang bergelar mahasiswa atau yang sama waktu dengannya.Tapi ada satu benda yang kadangkala menjadi satu perkara atau hal yang tak diendahkan oleh kebanyakkan kita.Iaitu adab atau etika apabila berguru atau menuntut ilmu.Kita semua mesti berusaha supaya menjadi seorang yang beradab apabila mendatangi suatu majlis ilmu atau kuliah.
Bagi suasana di IPT,datang lambat ke kelas adalah menjadi suatu perkara kebiasaan kebanyakkan orang.Apabila ada orang yang datang awal,dia adalah seorang yang pelik(termasuk dalam 10 perangai pelik minggu ini).Situasi yang sebenarnya adalah kita hendak menimba ilmu dari pensyarah walaupun tak dinafikan dia pun boleh bertukar pandangan dengan kita.Jadi adalah amat baik jika kita sebagai pelajar yang sampai dahulu daripada dia.Tapi kalau ada perkara-perkara yang memang tak dapat elak memang tak boleh nak buat apa la.
Satu lagi benda yang selalu gak kita tengok pelajar bersembang ketika guru sedang mengajar dihadapan.Ini pun suatu yang amat tak elok diamalkan.Sekadar pandangan kalu kita tak faham sekalipun atau sebagainya,cuba duduk sebaik mungkin dan dengar dengan baik apa yang disampaikan.Lainlah kalau dia memang suruh kita bercakap.
Perkara yang paling popular masa dalam kuliah yang boleh aku letak adalah mengantuk.Ini tidak dapat tidak memang adalah suatu kelakuan yang sering dijumpai dalam kelas(termasuk aku).Aku pernah dengar satu ceramah oleh Ustaz Kazim.Dia adalah seorang yang sering mengajar di masjid-masjid dan juga membuka sekolah agama di Perak.Dalam satu ceramahnya,dia kata keutamaan anak murid apabila dalam kuliah adalah belajar iaitu mendengar apa yang disampaikan.Manakala keutamaan guru kepada anak murid pula alah mengajar pada anak murid sebaik mungkin.Tambahnya lagi kalau ada pelajar yang mendengar kuliahnya mengantuk dia tak akan marah,tapi dia akan merasakan bahawa apa yang dia ajar itu mungkin sukar untuk difahami oleh pelajar tersebut lantas pelajar itu pun tertidur.Dia akan menyalahkan dirinya dahulu kerana merasakan gagal untuk men'jaga'kan palajar tersebut.
Satu lagi yang juga menjadi budaya kita ialah memanggil guru kita dengan namanya(kadang-kadang aku pun terlepas).Ini juga menunjukan yang kita kurang sopan dengan guru kita.Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh letak encik,cik,puan.ustaz,ustazah dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian dihadapan nama guru kita.Jadi,marilah sama-sama kita meningkatkan adab kita dengan guru semoga ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatan dari Ilahi.