S.d.g ialah singkatan untuk self development group.Ia adalah satu kelas atau satu sesi di Uum yang mana terdiri daripada seorang pensyarah dan juga 10 orang pelajar.Bagi aku tujuannya bagus tapi sering bertindih dengan keperluan lain yang tak kurang pentingnya.Semester ni adalah semester last aku untuk s.d.g.Aku bertuah kerana mendapat pensyarah yang boleh dikatakan orang penting untuk c.o.b(college of bussiness).Setiap kali perjumpaan,kami akan berkongsi pengalaman serta bercerita jika ada masalah dari pihak pelajar kepada pihak pentadbiran.Lupa nak gtau,sesi ini adalah dikendalikan dalam bahasa inggeris sesuai dengan tujuan asal perjumpaan ini.
Apa yang aku nak kongsi,pensyarah aku ni seorang yang suka bercerita dan juga berkongsi cerita.Banyak yang dia ceritakan pada kami termasuklah isu-isu yang agak panas seperti isu bas dan air yang melanda di Uum.
Apa yang boleh aku simpulkan ialah seorang manusia apabila seharian bekerja atau berurusan akan berasa begitu puas dan senang apabila dapat meluahkan isi hati yang terpendam pada seseorang atau suatu pihak.Ini secara tak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi serta mengeratkan lagi hubungan sesama kita.Kita juga akan merasai perbezaannya apabila kita meluahkan sesuatu yang tebuku di hati pada seseorang yang kita senangi.
hidup ni memang macam-macam...