Lokasi:Rumah dan Pasar malam Guar Perahu(dekat dengan sekolah rendah aku)
Masa:Selepas asar,sebelum maghrib
Tengah-tengah aku merehatkan diri di bilik yang sememangnya aku dah banyak rehat di rumah,tiba-tiba....Assalamualaikum..aku terlihat kelibat Tok Pah dan Baul di depan rumah."Ha,hangpa ka,mai-mai masuk dulu,"sahutku."Tak pa,dok sini pun ok dah,"Tok Pah menyuarakan pendapatnya tanpa dibantah Baul yang tersenyum kucing sambil menyedut air tebu yang dibeli tadi mungkin.Sememangnya apabila jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu akan mengimbau kenangan memori yang tak dapat dilupakan sambil mulut tak kan mudah berhenti untuk bersembang.
Selepas beberapa ketika,"Jom pi pasar malam,hari ni ada pasar malam dekat dengan sekolah rendah"aku cuba mengajak."Boleh gak,dok lapar gak ni"getus Baul dan Tok Pah."Aku pun nak cari seluar trek satu,nak buat jogging",dengan buat gaya joging sekali untuk tunjuk semangat aku dalam bersukan,hoho.
Kami pun terus parking motor setelah sampai di sana tanpa berlengah lagi.Walaupun di pasar malam itu,bukanlah kami yang paling hensem(ah ha),namun gaya jalan macho dan lelaki maskulin terus kami tonjolkan untuk tatapan umum dan masyrakat tempatan yang ada di sekitar pasar malam itu.Kami terus berjalan sambil bersembang-sembang tentang isu-isu yang pastinya tiada kaitan dengan PRK Sibu yang baru saja selesai walaupun itu adalah yang terhangat.hehe.
"Tu ada jual seluar trek,"dengan mulut muncung aku tunjukkan pada Tok Pah dan Baul."Kain elok gak,tapi warna agak kurang gaya,mutu,keunggulan,"getusku dalam hati sambil tangan membelek-belek seluar trek yang ada begitu juga dengan Tok Pah dan Baul."Tengok dulu adik,harga boleh kurang lagi"abang tauke datang dengan buat gaya hensem gak.Aku pun cuba buat sembang-sembang dengan abang tauke agar nampak ramah sikit dan boleh dapat murah banyak,kah kah kah."Kain dibahagian dalam memang tiga suku ja bukan sampai habis pasal kalau kita terpijak air,dia tak serap air sampai atas,"abang tauke cuba menerangkan sebab-sebab munasabah bukan munasarawak kepada kami atas soalan yang aku lontarkan sebelum itu yang tidak dinyatakan di atas."Seluar trek ni panas tak?,"suatu pertanyaan terkeluar."Seluar trek mana ada yang sejuk ,semua panas dik,"jawab abang tauke dengan muka selamba.Kami semua terkesima tapi masih buat gaya cool dengan jawapan abang tauke.
p/s:untuk pengetahuan semua,aku tak jadi beli pun pasal harga tak boleh kurang.memang seluar trek panas ka?lalala...