Ni bukan telur dadar,ni ais kacang..
Malam tu aku baru balik Isyak kat masjid.Dah lama aku tak jemaah kat masjid semenjak cuti sem ni.Adoi.....
Aku tak makan malam lagi ni.Perut aku memang dah berdondang sayang macam-macam lagu dah ni.
Balik ja dari masjid,aku terus menuju ke dapur yang disayangi dan menyiapkan makan malam.
"Kami dah makan dah,kalau tak da lauk,goreng la telur",ayah aku kata.
"Ok line clear",tak banyak cakap pasal perut dah lapar.huhu.
Aku pun dengan bakat tukang masak yang ada mengambil telur ayam dalam peti ais untuk digoreng (buat telur dadar).Bau yang wangi dan harum semerbak bak bau yang ada di sekitar restoran ternama menghiasi disetiap penjuru rumahku.Pergh..adakah ini akan menggugat kredibiliti Chef Wan sebagai chef nombor satu negara?ah ha..
Sedang aku menjamah nasi putih dan juga berlaukkan telor dadar,aku merasakan menu makan malam aku ni adalah antara yang teristimewa..Puas aku memikirkan apakah sebabnya.Mungkinkah kerana aku makan kat rumah bukan di kedai,mungkin juga.Atau mungkin lauk yang banyak,mungkin juga.
Tiba-tiba,"Owh,telor dadar!uhuk.."