hidup ni memang macam-macam...
AWALUL KALAM
Wednesday, May 26, 2010
Sori Tok...
Ada satu malam tu,dah nak pagi gak.Kira tengah malam la senang.Malam tu aku dengan kawan-kawan taman aku pergi ke Bola-Bola Best di Mak Mandin untuk apa lagi kalau bukan melempiaskan nafsu futsal kami yang tak boleh dibendung lagi sejak cuti sem ni.Ternyata semua masih lagi berbakat besar dalam arena bola sepak atau futsal ni.
Aku turut menyumbang beberapa gol yang aku rasakan goal of the year(dah depan gol,kalau tak gol nak kena makan selipar gak aku dengan member-member futsal ni).
Dalam perjalanan kami pulang ke rumah setelah habis main futsal..Untuk pengetahuan,kami naik Unser,dah tak naik motor lagi dah..uh
Di dalam Unser..
Sorang member futsal nak kongsi cerita..
"Hari tu masa aku kat uitm,dalam jam 11 malam lebih,aku bawa motor.Aku langgar lampu isyarat.",dia kata.
Kebetulan Unser kami tengah tunggu lampu isyarat untuk hijau...
Dia tambah lagi,"Aku rasa tak da polis dah masa tu,tiba-tiba aku kena tahan dengan polis.Tapi nasib baik dapat surat amaran,bukan surat saman,lega.
Aku pun,"Hahaha,nasib baik tak kena tembak dengan polis tu,uh".
p/s:jangan kerana nila setitik rosak semua baju yang direndam dalam nila tu.....