AWALUL KALAM

Monday, July 26, 2010

Basuh....

|

Erm....lawa tak baju aku ni?uhuk..

Ada satu petang.Masa aku basuh ayam dengan Tok Pah.Hari Jumaat.Sebelum solat Jumaat la senang cerita.Kami selalunya akan mengambil masa yang lama untuk basuh ayam dan jugak perkakas-perkakas yang lain sebelum buka khemah lepas Solat Jumaat.Tiba-tiba...

"Dah la anak-anak,dah nak masuk waktu dah ni",mak Tok Pah mengingatkan kami waktu Solat Jumaat dah nak masuk."Dah nak habis ni,sikit lagi ja",Tok Pah balas sambil disapa senyuman manis dari aku yang duduk kat sebelah dia."Sepatutnya cuti la hari Jumaat,pasal hari Jumaat untuk beribadah.",tazkirah ringkas dari mak Tok Pah."Hari Jumaat la ramai orang nak beli pasal dah hujung minggu",detik dalam kepala aku dengan Tok Pah serentak aku rasa...huh.

Lepas tu aku rasa mungkin pasal senang nak Solat Jumaat la ada negeri-negeri yang cuti bekerja hari Jumaat.Pasal dah tak kalut sangat nak masuk pejabat balik lepas tu.Lagi pulak,kalau dah cuti boleh bersiap untuk ke masjid lebih awal untuk Iktikaf,dapat baca Quran kat masjid,pakai baju lawa-lawa,dan banyak lagi benda kot.

Bila aku fikir-fikir balik situasi kat UUM hari Jumaat.A'ah betullah tu....

p/s:faham kot?...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto