AWALUL KALAM

Monday, August 23, 2010

Betul ka ni??

|
                                               kereta api melimpah ruah

Sebenarnya aku dah lama tak update blog ni.Tak tau lah kenapa.Nak kata tak da masa,orang lain pun tak da masa jugak.Tapi boleh gak update blog.Kalau nak diikutkan banyak benda yang berlegar dalam kepala hotak aku ni.Tapi aku memilih untuk menyentuh sedikit tentang apa yang telah berlaku di masjid kat rumah aku masa awal Ramadhan hari tu. 

Ada satu petang tu.Lepas discussion projek.Dah lewat gak.Jam 5.30 petang dah pun.Aku dengan bersandarkan semangat 1 UUM telah bertindak menunggu bas untuk pulang ke rumah.Dipendekkan cerita aku pun sampai kat rumah.Masa aku sampai kat rumah,dah masuk waktu Isya dah rasanya.Aku pun dengan tak buang masa lagi bersiap terus ke masjid untuk Isya dan tarawih.

Tiba-tiba.....Suatu kejadian pelik telah berlaku..jeng jeng jeng...............(suspen tak?)

Jemaah yang datang untuk solat tarawih melimpah ruah sehingga keluar masjid.Tak pernah berlaku sebelum ni tapi berlaku malam tu."Tak kan lah semua datang sempena menyambut kepulangan aku,"getus hati kecilku sedikit kebingungan dan keresahan sambil hujan mula renyai-renyai tapi tak lebat pun.

Dipendekkan lagi cerita,aku pun solat tarawih macam biasa tapi kat luar pasal kat dalam masjid dah penuh.Selesai rakaat keempat aku pun bangun la nak sambung.Tapi suasana sekan-akan terhenti seketika.Aku sekali lagi ketidakfahaman kerana semua jemaah duduk macam tak dak masalah ja.

Tiba-tiba.....(suspen lagi sekali)

Kita buka majlis dengan Al-Fatihah..Tazkirah rupanya.Aku ingatkan semua jemaah nak bagi penghormatan untuk aku berucap sempena baliknya aku ke rumah.Lepas tazkirah kami sambung balik tarawih tapi 8 rakaat ja walaupun Imam adalah dimport khas seorang hafiz.Tapi yang aku pasti ustaz tu nama dia bukan Ustaz Hafiz..

Sememangnya kelainan yang telah berlaku menjadikan masjid kat rumah aku bertambah meriah dan ceria dengan dipenuhi jemaah yang datang. Apa yang penting adalah untuk istiqamah dalam memastikan jemaah memenuhi masjid bukan hanya dalam bulan Ramadhan tapi juga pada bulan-bulan yang lain.

p/s:masjid kat rumah aku telah membuat beberapa perubahan sempena Ramadhan ni.Antaranya yang aku boleh bagitau ialah tarawih 8 rakaat,ada tazkirah,dan paling best ada penghawa dingin..apa?penghawa dingin??owhh pasal tu kot orang ramai..huh!!!


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto