Ada satu malam.Masa raya dengan kawa-kawan.Kawan aku Zidane(bukan nama sebenar) cerita kat aku dan yang lain-lain tentang cabaran berkahwin pada usia muda ni.Dia akan berkahwin dengan pasangannya pada hujung tahun ni.Suatu yang agak mencabar kejantanan aku dan kawan-kawan lain yang belum berkahwin lagi.Diantara kami dialah yang terawal setakat ni.Untuk pengetahuan,Zid dan pasangannya sekarang berada pada tahun akhir di IPT.
Dia cerita dari mula macam mana dia boleh kenal dan bertunang dengan si Dia dan sekarang menanti hari yang dirtunggu-tunggu iaitu akad nikah dan kenduri kahwin seterusnya.Zidane pun cerita kat kami.
"Mula-mula aku dapat satu group assignment dengan dia.Masa discussion,kami asyik tak setuju satu sama lain.Tak ada niat pun nak berbaik dengan dia.",terang Zidane panjang lebar."Tapi bila dah satu group ni,mestilah kita saling bermesej-mesej.",semua yang dengar pun meleretkan senyuman hingga ke telinga.
"Lama kelamaan rasa tak setuju satu sama lain pada mulanya bertukar kepada hubungan persahabatan yang lebih baik dan tenteram.Bila aku mula nak kawan dengan dia,aku pun terus mintak nombor telefon abang dia.Dia pun terus bagi dan tak tanya pulak aku nak buat apa dengan nombor tu.Apa lagi aku terus call abang dia dan beritahu yang aku tengah berkawan dengan adik perempuan dia,dan kalau ada apa-apa yang berlaku kat adik dia,boleh tanya kat aku.Abang dia pun memberi respon yang baik.
Selepas tu aku pun sering kerumah dia dan cuba membina hubungan yang baik dengan keluarga dia.Lama kelamaan aku dah boleh sembang rancak dengan semua ahli keluarga dia termasuklah ayah dia.Lalu,tanpa menoleh kebelakang lagi setelah hampir setahun berlalu aku pun menyatakan hasrat aku kepada ayah dan emaknya.
Mula-mula masa nak terang kat mak dan ayah dia tentang hasrat aku yang nak berkahwin dengan anak dia,mak dengan ayah dia macam tak boleh terima.Ayah dia dah sebak-sebak.Mak dia dah berlinangan pun.Lalu aku tabah memberi dalil-dalil yang ada dan cuba meyakinkam mereka tentang soal usaha dan rezeki.Alhamdulillah,mereka faham juga akhirnya."Ye lah rasa tak puas lagi nak jaga anak perempuan ni,dah nak bagi kat orang dah,itulah mungkin perasaan mereka",aku menyampuk.
Bagi pihak keluarga aku,semua kira setel.Ayah aku pun terus bincang dengan pihak keluarga sebelah sana.Seterusnya tarikh pertunangan dan akad nikah pun diatur dan dipersetujui bersama kedua belah pihak.
Sekarang diharapkan semua yang diatur dapat dipermudahkan oleh Allah untuk memastikan aku dan dia dapat disatukan.
p/s:Untuk makluman Zid sama umur dengan aku 22 tahun gak,berani betul dia ni.Aku tabik la.Tak ramai yang berani mendirikan rumah tangga ketika masih belajar ni.Apa pun aku doakan Zid dan pasangannya kekal bahagia apabila berkahwin nanti membina satu bahtera rumah tangga seterusnya memacu ke arah keluarga yang diredhai Allah hendaknya.Amin.