Salam Syawal.Pertamanya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan dan kesilapan.Marilah kita bermaafan di bulan yang mulia ini.Dah lama betul aku tak menulis ni.Sebenarnya banyak benda yang berlegar-legar dalam kepala ni,cuma kekangan masa dan faktor-faktor lain menyebabkan satu entry pun gagal dipostkan semenjak dua menjak ni.
Aku nak mulakan dengan sedikit cerita tentang Hari Lebaran yang baru kita sambut tempoh hari.
Pada pagi raya.Lebih kurang jam 8 pagi,aku telah pun siap berbaju melayu dan sedia untuk ke masjid."Kali ni aku nak buat rekod sikit,nak solat kat ruang dalam masjid.Pasal sebalum kalau datang lambat kena solat kat luar la jawabnya,"aku cuba memasang cita-cita.Lantas tanpa membuang masa lagi aku memakai selipar di belakang rumah dan terus menuju ke masjid yang tak berapa jauh dengan rumahku sebenarnya.Ternyata cita-citaku nampak seakan menuju sinar kejayaan apabila ruang di dalam masjid masih terdapat kekosongan.Aku pun meyelinap masuk untuk mencari port yang baik.
Para jemaah di Masjid Abu Bakar As Siddiq,Taman Guar Perahu dilihat bersama -sama bertakbir sambil menunggu untuk bersolat Hari Raya.Tiba-tiba..
"Assalamualaikum para jemaah.Saya ada sedikit teguran nak buat sementara menunggu untuk Solat Hari Raya."Ustaz Bakar Bakilani selaku pengerusi masjid memulakan bicara di pagi yang cukup bermakna.Antara apa yang ditegur dan diingatkan oleh beliau ialah:
1)Marilah kita sama-sama membangunkan organisasi masjid dengan bersungguh-sungguh.Bermula dari masjidlah segala masalah dapat diatasi.Masyarakat yang rosak antara puncanya adalah kegagalan masjid untuk berfungsi secara lebih efisyen dan berkesan.Tak dinafikan ada juga faktor-faktor lain.Namun,menjadi tanggungjawab kita bersamalah untuk membimbing masyarakat di qaryah in untuk memastikan semua ahli qaryah dapat memahami dan mengaplikasikan apa yang dianjurkan Islam dalam kehidupan seharian.
2)Janganlah kita jadikan perbezaan ideologi dalam politik untuk kita tidak bersama dan berpecah dalam membangunkan institusi masjid ini.Ini kerana perpecahan ideologi dalam politik perlulah diletak tepi dan kita harus bersama untuk membantu memastikan institusi masjid dapat berperanan dengan lebih baik.
3)Kita juga menganjurkan jika ada sesiapa yang mempunyai cadangan atau pendapat atau juga teguran boleh dibuat kepada mana-mana AJK masjid yang ada.Ini adalah lebih baik.Kita tidak sempurna,maka kesilapan mungkin akan berlaku.Janganlah kita asyik mengata dibelakang tanpa disalurkan pada saluran yang betul.
Ini adalah antara teguran dan peringatan yang mana kita boleh ambil perhatian.Sesungguhnya institusi masjid sememangnya memainkan peranan yang amat penting bagi mendidik masyarakat secara amnya dan para belia anak muda secara khususnya dalam memastikan cara hidup yang berlandaskan agama dapat direalisasikan dengan jayanya.
p/s:jom p masjid!!