AWALUL KALAM

Monday, July 26, 2010

Basuh....

|

Erm....lawa tak baju aku ni?uhuk..

Ada satu petang.Masa aku basuh ayam dengan Tok Pah.Hari Jumaat.Sebelum solat Jumaat la senang cerita.Kami selalunya akan mengambil masa yang lama untuk basuh ayam dan jugak perkakas-perkakas yang lain sebelum buka khemah lepas Solat Jumaat.Tiba-tiba...

"Dah la anak-anak,dah nak masuk waktu dah ni",mak Tok Pah mengingatkan kami waktu Solat Jumaat dah nak masuk."Dah nak habis ni,sikit lagi ja",Tok Pah balas sambil disapa senyuman manis dari aku yang duduk kat sebelah dia."Sepatutnya cuti la hari Jumaat,pasal hari Jumaat untuk beribadah.",tazkirah ringkas dari mak Tok Pah."Hari Jumaat la ramai orang nak beli pasal dah hujung minggu",detik dalam kepala aku dengan Tok Pah serentak aku rasa...huh.

Lepas tu aku rasa mungkin pasal senang nak Solat Jumaat la ada negeri-negeri yang cuti bekerja hari Jumaat.Pasal dah tak kalut sangat nak masuk pejabat balik lepas tu.Lagi pulak,kalau dah cuti boleh bersiap untuk ke masjid lebih awal untuk Iktikaf,dapat baca Quran kat masjid,pakai baju lawa-lawa,dan banyak lagi benda kot.

Bila aku fikir-fikir balik situasi kat UUM hari Jumaat.A'ah betullah tu....

p/s:faham kot?...
Read more »

Monday, July 19, 2010

Lapar..

|
                                                            ni bukan Kafe TNB...

"Nak makan kat mana malam ni?",aku tanya kat Harith malam tu.

"Sekarang kafe kita dah tukar tender la,kali ni sempoi punya",balas Harith.

Untuk pengetahuan di cafe DPP TNB tempat aku dok kat UUM,dah pun membuat satu reformasi dengan menukar tender nasi campur dengan tender yang baru.Apa yang menarik,harga dan lauk yang ditawarkan adalah begitu munasabah dan menyebabkan gerai-gerai yang lain turut merasakan persaingan yang sihat ini.

Buat warga DPP-DPP lain,anda amatlah dialukan untuk cuba sendiri dengan perubahan yang ada di DPP TNB yang sedikit sebanyak memberikan satu semangat serta iltizam yang baru buat warga TNB khususnya dalam meneruskan liku-liku juga sisa-sisa di UUM yang tercinta ini.

p/s:ada lagi 3 gerai yang dah tukar tender jugak...
Read more »

Sunday, June 6, 2010

5 ringgit..

|

Ada 1 malam masa aku dengan Tok Pah jual ayam.Abang Burger datang kat kami sembang-sembang.

Dia kata,"Macam mana nak tau ayam dah masak?,"memulakan bicarawara malam tu.

"Dalam 13 minit memang confirm masak elok,"Aku dengan tenang dan cool..

Tok Pah tambah,"Kami memang kena tengok masa,cukup 13 minit memang isi belah dalam dah boleh confirm masak."

"Owh..macam tu ka..",Abang Burger

*****
"Dulu masa mula-mula abang belajar masak burger,tauke tu bagi upah sehari 5 ringgit ja tau dak..."Abang Burger masuk isu lain plak..aku rasa dia nak bagi semangat kat kami..

"Perghh,tak kan kot.."aku saja buat terkejut,bagi happening sikit..huh

"Lepas tu abang?"Tok Pah saja tanya..

"Dah tu,barang apa yang habih dia suruh kita cari sendiri pakai duit sendiri dulu,lepas tu baru claim.Pasal tu sekarang dah boleh handle kalau ada masalah sikit-sikit."dengan emosi sikit..

Aku rasa macam nak bagi ayam free ja kat Abang Burger pasal bagi semangat kat kami..Mula dari malam tu,bila kami rasa macam down,cerita ni la buat modal..uhuk

*****
Abang Burger memang otai dalam buat burger.Kalau tak,aku tak panggil dia Abang Burger la.Aku boleh panggil dia nama lain.Semangat dia tinggi dalam buat suatu benda.

p/s:semangat macam Abang Burger patut kita ambil contoh dan praktikkan,baru boleh maju.
Read more »

Tuesday, June 1, 2010

Partnership..

|
Ada satu malam.Tak kan dua malam pulak.Tapi boleh jadi jugak.Tapi yang ni memang cerita masa satu malam.Masa aku berniaga dengan Tok Pah.Abang Kasut yang gerai dia kat belakang kami pun sembang-sembang kosong dengan kami.Banyak benda gak yang dia cerita.Dari cerita pasal tapak untuk niaga sampai la cerita jual tudung.Tok Pah la yang banyak respon,pasal aku tak dak pengalaman sangat.Uh..

Abang Kasut,"Kalau boleh hangpa jangan la dok share dengan orang kalau berniaga nih,biar jatuh ka naik ka semua atas kita sendiri.Tak payah nak serabut."

Aku dengan Tok Pah,"Huh."

"Bukan apa,nanti kita rasa kita buat kerja banyak,partner kita tak buat kerja plak,kita syak dia songlap duit,macam-macam lagi la..."Abang Kasut tambah.

Tok Pah dengan selamba,"Kami ni partnership la bang,hehe"

"Hangpa tak pa la,kalau boleh handle tak dak masalah",Abang Kasut.

*****

Masa kami dah kemas khemah,aku cakap kat Tok Pah...

"Tadi Abang Kasut cerita pasal partnership...Hang rasa camna?..tak sempat dijawab..Tapi apa pun,aku percaya kat hang..",uhuk,macam cerekarama.

Tok Pah,:).....

p/s: syak wasangka adalah tidak baik......sekian
Read more »

Sunday, May 30, 2010

Cendawan goreng...

|

Malam tu.Baru malam rasanya.Tapi siang dah lama lepas.Lepas Isya la senang,masa aku dengan Tok Pah jual ayam goreng kat Perda dekat dengan Nasmir.Tiba-tiba...

"Cendawan goreng ada dik",ada sorang abang tanya.

"Kami tak buat lagi,"ringkas dari aku tapi tetap macho dan cool.

"Kalau kat K.L ada cendawan goreng..,"balas kembali.

"Kami tengah cari tauke cendawan yang boleh bagi murah baru kami nak buat,haha.."ringkas jugak dan masih macho dan cool jugak kot.

Abang tu pun,"Ohh macam tu ka,kalau buat cendawan goreng mesti ramai beli,hehe,"sambil bawa balik ayam goreng.

p/s:sesiapa yang kenal tauke cendawan yang boleh kautim harga baik punya,boleh roger-roger..uh
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto