AWALUL KALAM

Thursday, November 25, 2010

Tarikan diri??

|
                                           Aku positif untuk beli motor ni..percaya tak?

Sebenarnya aku sekarang dalam minggu exam di UUM.Tapi apa yang ironinya semester ini dengan semester yang lain ialah semester ini merupakan semester terakhir aku disini (hendaknya) sebelum berpraktikum.Jadi antara benda yang selalunya budak sem akhir akan sibuk ialah tantang satu benda alah yang telah diceritakan dalam satu hikayat dahulu kala yang diberi nama praktikum.Aku juga akan menghadapi benda alah ini pada sepurnama yang akan muncul tak lama lagi.

Hendak dipendekkan cerita,aku bertuah kerana mendapat supervisor praktikum yang begitu dikenali dan disegani kredibilitinya dalam kalangan budak-budak akaun iaitu Dr Hisham Selamat. Beliau juga merangkap sebagai Pengetua DPP Mas.Apa yang aku dengar dari mulut-mulut teman sepermainan aku ialah beliau adalah seorang yang amat tegas dan teguh prinsip hidup serta pendiriannya dalam membuat sesuatu keputusan sama ada benda tersebut dianggap remeh atau pun serius sementelah dalam memastikan keberkesanannya.

Sebagai pelajar di bawah pengawasan dan kendaliannya,aku perlu berjumpa dengannya untuk mendapat guidelines atau garis panduan untuk report yang akan aku tulis nanti.Sebelum aku pergi berjumpa denagnnya,bermacam emosi,prasangka dan perasaan yang bercampur baur bermain dalam kotak fikiran aku."Doktor seorang yang tegas,habislah aku..",getus hatiku.Namun aku mula teringat satu buku yang telah aku hadam pada masa cuti banjir yag lalu.

Buku tersebut menceritakan tentang pengaruh tarikan diri dalam kehidupan seharian kita.Dalam buku tersebut ada menerangkan ketika mana dalam sesuatu situasi.Apabila kita memikirkan perkara yang positif dalam kotak fikiran kita tentang apa yang akan berlaku dan terjadi pada kita sementelah pelbagai tanggapan umum yang negatif atau bertentangan dengannya,sistem dalam badan kita akan menghasilkan getaran-getaran positif yang seterusnya akan menghantar elemen tersebut pada sistem saraf dan seluruh anggota tubuh badan.Ini akan menyebabkan elemen-elemen positif akan terpantul pada persekitaran yang pada peringkat seterusnya akan menfasilitasikan getaran yang dihantar tadi.

Dalam erti kata yang lebih mudah,jika kita berfikiran possitf tentang suatu perkara,maka getaran positif juga akan terhasil tanpa bertindih dengan elemen negatif yang lain.Jadi sebelum berjumpa dengan Dr Hisyam,aku telah berfikiran positif tentang beliau dan talah membulatkan satu keyakinan yang utuh lagi kukuh tentang keterbukaan dan toleransinya dalam berhubung dengan aku dalam memberi garis panduan untuk menulis laporan praktikum.Ternyata sangkaan aku tepat,beliau dengan tenang menyambut aku dengan senyuman di pejabat DPP Mas dan memberi penerangan yang baik tantang bagaimana untuk menyiapkan laporan yang berkesan untuk praktikum nanti.Aku keluar dari biliknya dengan hati yang tenang dan tenteram.Tarikan positif memang berhasil,"terlintas dalam fikiranku.
Kesimpulannya,kita perlu sentiasa positif dalam segala kerja buat kita supaya getran positif tersebut dapat dipantulkan ke persekitaran tanpa ada halangan yang menggangu.Allah memang menyruh kita bersangka baik kerana dengan bersangka baik benda yang yang sukar akan dipermudahkan dengan izinNya.
Read more »

Sunday, September 26, 2010

Siapa pernah makan tempeyek??

|

Ada satu malam.Masa aku tengah study audit ais(study la konon).Aku lepak kat bilik Azmi dan Shafik kat DPP Mas.Dua-dua orang ni satu bilik.Masa tengah study,tiba-tiba aku pun terdengar satu bunyi pelik,macam ada orang bermain drum dan gendang.Rupa-rupanya perut aku berbunyi.

Setelah tak henti-henti perut aku berbunyi,aku ternampak satu tupperware berisi tempeyek.Lalu aku nyatakan hasrat aku pada Azmi dan Shafik untuk merasa semulut dua,mungkin tempeyek tersebut untuk mengalas perut aku yang dah sampai tahap amaran ni.

Azmi pun mengambil tempeyek dan bagi kat aku dengan senyuman yang manis.Shafik pun kata,"Jangan malu-malu dan buat macam rumah sendiri.Dalam hati aku,aku teringat mak aku pernah berpesan yang tak baik kalau kita tolak rezeki,nanti Allah marah.Bersandarkan alasan itu dan perut aku yang lapar,aku pun merasa tempeyek sambil kami semua study sama-sama.

Banyak benda yang kami bincang malam tu.Pembentangan pun kami buat mengikut bab apa yang telah dibahagikan.Setelah waktu menuju ke tengah malam.Semua menampakkan keletihan termasuklah Azmi dan Shafik.Tiba-tiba mulut aku terhenti menguyah dan apa yang ada dalam tupperware tempeyek tadi telah kosong."Dah kosong?siapa yang melantak ni?,"getus hatiku.Mungkin ini juga yang sedang berada dalam kotak fikiran Azmi dan Shafik.Tapi aku rasa itu tak mungkin berlaku,pasal Azmi dengan Shafik memang pupular dengan sikap pemurah dan pemberi,itu yang aku suka.Bayangkan tupperware yang penuh berisi tempeyek telah aku selesaikan dengan tak sengaja.Habis tempeyek Azmi aku kerjakan.Dikesempatan ini,aku nak mintak maaf andai kelakuanku tidak disenangi dan disukai.Harap maklum.

p/s:lain kali kalau nak study,cari bilik yang ada makanan banyak...huh.Soriiiiiiiiiiiiiiiii.aku tak sengaja





Read more »

Friday, September 24, 2010

Tabik la..

|

Ada satu malam.Masa raya dengan kawa-kawan.Kawan aku Zidane(bukan nama sebenar) cerita kat aku dan yang lain-lain tentang cabaran berkahwin pada usia muda ni.Dia akan berkahwin dengan pasangannya pada hujung tahun ni.Suatu yang agak mencabar kejantanan aku dan kawan-kawan lain yang belum berkahwin lagi.Diantara kami dialah yang terawal setakat ni.Untuk pengetahuan,Zid dan pasangannya sekarang berada pada tahun akhir di IPT.

Dia cerita dari mula macam mana dia boleh kenal dan bertunang dengan si Dia dan sekarang menanti hari yang dirtunggu-tunggu iaitu akad nikah dan kenduri kahwin seterusnya.Zidane pun cerita kat kami.

"Mula-mula aku dapat satu group assignment dengan dia.Masa discussion,kami asyik tak setuju satu sama lain.Tak ada niat pun nak berbaik dengan dia.",terang Zidane panjang lebar."Tapi bila dah satu group ni,mestilah kita saling bermesej-mesej.",semua yang dengar pun meleretkan senyuman hingga ke telinga.

"Lama kelamaan rasa tak setuju satu sama lain pada mulanya bertukar kepada hubungan persahabatan yang lebih baik dan tenteram.Bila aku mula nak kawan dengan dia,aku pun  terus mintak nombor telefon abang dia.Dia pun terus bagi dan tak tanya pulak aku nak buat apa dengan nombor tu.Apa lagi aku terus call abang dia dan beritahu yang aku tengah berkawan dengan adik perempuan dia,dan kalau ada apa-apa yang berlaku kat adik dia,boleh tanya kat aku.Abang dia pun memberi respon yang baik.

Selepas tu aku pun sering kerumah dia dan cuba membina hubungan yang baik dengan keluarga dia.Lama kelamaan aku dah boleh sembang rancak dengan semua ahli keluarga dia termasuklah ayah dia.Lalu,tanpa menoleh kebelakang lagi setelah hampir setahun berlalu aku pun menyatakan hasrat aku kepada ayah dan emaknya.

Mula-mula masa nak terang kat mak dan ayah dia tentang hasrat aku yang nak berkahwin dengan anak dia,mak dengan ayah dia macam tak boleh terima.Ayah dia dah sebak-sebak.Mak dia dah berlinangan pun.Lalu aku tabah memberi dalil-dalil yang ada dan cuba meyakinkam mereka tentang soal usaha dan rezeki.Alhamdulillah,mereka faham juga akhirnya."Ye lah rasa tak puas lagi nak jaga anak perempuan ni,dah nak bagi kat orang dah,itulah mungkin perasaan mereka",aku menyampuk.

Bagi pihak keluarga aku,semua kira setel.Ayah aku pun terus bincang dengan pihak keluarga sebelah sana.Seterusnya tarikh pertunangan dan akad nikah pun diatur dan dipersetujui bersama kedua belah pihak.
Sekarang diharapkan semua yang diatur dapat dipermudahkan oleh Allah untuk memastikan aku dan dia dapat disatukan.

p/s:Untuk makluman Zid sama umur dengan aku 22 tahun gak,berani betul dia ni.Aku tabik la.Tak ramai yang berani mendirikan rumah tangga ketika masih belajar ni.Apa pun aku doakan Zid dan pasangannya kekal bahagia apabila berkahwin nanti membina satu bahtera rumah tangga seterusnya memacu ke arah keluarga yang diredhai Allah hendaknya.Amin.








Read more »

Thursday, September 23, 2010

Salam Lebaran....

|
               Ni gambar dalam Masjid Taman Guar Perahu.Ambil kat internet,tak berapa jelas sikit.

Salam Syawal.Pertamanya memohon maaf andai ada melakukan kesalahan dan kesilapan.Marilah kita bermaafan di bulan yang mulia ini.Dah lama betul aku tak menulis ni.Sebenarnya banyak benda yang berlegar-legar dalam kepala ni,cuma kekangan masa dan faktor-faktor lain menyebabkan satu entry pun gagal dipostkan semenjak dua menjak ni.

Aku nak mulakan dengan sedikit cerita tentang Hari Lebaran yang baru kita sambut tempoh hari.
Pada pagi raya.Lebih kurang jam 8 pagi,aku telah pun siap berbaju melayu dan sedia untuk ke masjid."Kali ni aku nak buat rekod sikit,nak solat kat ruang dalam masjid.Pasal sebalum kalau datang lambat kena solat kat luar la jawabnya,"aku cuba memasang cita-cita.Lantas tanpa membuang masa lagi aku memakai selipar di belakang rumah dan terus menuju ke masjid yang tak berapa jauh dengan rumahku sebenarnya.Ternyata cita-citaku nampak seakan menuju sinar kejayaan apabila ruang di dalam masjid masih terdapat kekosongan.Aku pun meyelinap masuk untuk mencari port yang baik.

Para jemaah di Masjid Abu Bakar As Siddiq,Taman Guar Perahu dilihat bersama -sama bertakbir sambil menunggu untuk bersolat Hari Raya.Tiba-tiba..

"Assalamualaikum para jemaah.Saya ada sedikit teguran nak buat sementara menunggu untuk Solat Hari Raya."Ustaz Bakar Bakilani selaku pengerusi masjid memulakan bicara di pagi yang cukup bermakna.Antara apa yang ditegur dan diingatkan oleh beliau ialah:

1)Marilah kita sama-sama membangunkan organisasi masjid dengan bersungguh-sungguh.Bermula dari masjidlah segala masalah dapat diatasi.Masyarakat yang rosak antara puncanya adalah kegagalan masjid untuk berfungsi secara lebih efisyen dan berkesan.Tak dinafikan ada juga faktor-faktor lain.Namun,menjadi tanggungjawab kita bersamalah untuk membimbing masyarakat di qaryah in untuk memastikan semua ahli qaryah dapat memahami dan mengaplikasikan apa yang dianjurkan Islam dalam kehidupan seharian.

2)Janganlah kita jadikan perbezaan ideologi dalam politik untuk kita tidak bersama dan berpecah dalam membangunkan institusi masjid ini.Ini kerana perpecahan ideologi dalam politik perlulah diletak tepi dan kita harus bersama untuk membantu memastikan institusi masjid dapat berperanan dengan lebih baik.

3)Kita juga menganjurkan jika ada sesiapa yang mempunyai cadangan atau pendapat atau juga teguran boleh dibuat kepada mana-mana AJK masjid yang ada.Ini adalah lebih baik.Kita tidak sempurna,maka kesilapan mungkin akan berlaku.Janganlah kita asyik mengata dibelakang tanpa disalurkan pada saluran yang betul.

Ini adalah antara teguran dan peringatan yang mana kita boleh ambil perhatian.Sesungguhnya institusi masjid sememangnya memainkan peranan yang amat penting bagi mendidik masyarakat secara amnya dan para belia anak muda secara khususnya dalam memastikan cara hidup yang berlandaskan agama dapat direalisasikan dengan jayanya.

p/s:jom p masjid!!
Read more »

Monday, August 23, 2010

Betul ka ni??

|
                                               kereta api melimpah ruah

Sebenarnya aku dah lama tak update blog ni.Tak tau lah kenapa.Nak kata tak da masa,orang lain pun tak da masa jugak.Tapi boleh gak update blog.Kalau nak diikutkan banyak benda yang berlegar dalam kepala hotak aku ni.Tapi aku memilih untuk menyentuh sedikit tentang apa yang telah berlaku di masjid kat rumah aku masa awal Ramadhan hari tu. 

Ada satu petang tu.Lepas discussion projek.Dah lewat gak.Jam 5.30 petang dah pun.Aku dengan bersandarkan semangat 1 UUM telah bertindak menunggu bas untuk pulang ke rumah.Dipendekkan cerita aku pun sampai kat rumah.Masa aku sampai kat rumah,dah masuk waktu Isya dah rasanya.Aku pun dengan tak buang masa lagi bersiap terus ke masjid untuk Isya dan tarawih.

Tiba-tiba.....Suatu kejadian pelik telah berlaku..jeng jeng jeng...............(suspen tak?)

Jemaah yang datang untuk solat tarawih melimpah ruah sehingga keluar masjid.Tak pernah berlaku sebelum ni tapi berlaku malam tu."Tak kan lah semua datang sempena menyambut kepulangan aku,"getus hati kecilku sedikit kebingungan dan keresahan sambil hujan mula renyai-renyai tapi tak lebat pun.

Dipendekkan lagi cerita,aku pun solat tarawih macam biasa tapi kat luar pasal kat dalam masjid dah penuh.Selesai rakaat keempat aku pun bangun la nak sambung.Tapi suasana sekan-akan terhenti seketika.Aku sekali lagi ketidakfahaman kerana semua jemaah duduk macam tak dak masalah ja.

Tiba-tiba.....(suspen lagi sekali)

Kita buka majlis dengan Al-Fatihah..Tazkirah rupanya.Aku ingatkan semua jemaah nak bagi penghormatan untuk aku berucap sempena baliknya aku ke rumah.Lepas tazkirah kami sambung balik tarawih tapi 8 rakaat ja walaupun Imam adalah dimport khas seorang hafiz.Tapi yang aku pasti ustaz tu nama dia bukan Ustaz Hafiz..

Sememangnya kelainan yang telah berlaku menjadikan masjid kat rumah aku bertambah meriah dan ceria dengan dipenuhi jemaah yang datang. Apa yang penting adalah untuk istiqamah dalam memastikan jemaah memenuhi masjid bukan hanya dalam bulan Ramadhan tapi juga pada bulan-bulan yang lain.

p/s:masjid kat rumah aku telah membuat beberapa perubahan sempena Ramadhan ni.Antaranya yang aku boleh bagitau ialah tarawih 8 rakaat,ada tazkirah,dan paling best ada penghawa dingin..apa?penghawa dingin??owhh pasal tu kot orang ramai..huh!!!


Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto