KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72, Isnin ini, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, semalam.
Allahyarham yang mesra dengan panggilan Tok Mat dan berasal dari Johor Bahru, meninggalkan tiga anak serta lima cucu.
Anak sulung Allahyarham, Datuk Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata, bapanya menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis di rumah setiap hari.
Beliau berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan sejak beberapa hari lalu dan sempat pulang ke Johor berjumpa semua adik-beradiknya selepas beberapa tahun tidak bertemu.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 5.45 petang