AWALUL KALAM

Saturday, January 2, 2010

Longkang??

|



Semalam aku,Farid,Abe dan Kapan memeriahkan suasana di tempat bowling Aneka Jitra.Diantara kami yang paling handal ialah Abe iaitu juara bertahan di kampungnya(Kg Pening Lalat)haha..Manakala kami yang lain sekadar bertaraf amatur jalanan.Pandangan pertama aku tentang bowling ialah permainan budak-budak.Tapi sangkaan aku meleset sama sekali apabila "longkang" menjadi laluan aku pada balingan pertama dan kedua.Kawan-kawan aku hanya senyum kambing dan terus bagi sokongan supaya tabah menghadapi dugaan hidup.(Longkang=laluan bola di tepi lane)

Disamping itu,Farid dan Kapan juga mempunyai bakat yang terpendam dalam arena bowling apabila sekali- sekala menjatuhkan biangan pin yang banyak dari aku.Aku pun terus bagi galakan supaya terus maju tanpa menoleh kebelakang lagi.Tak jauh dari lane yang kami main,terlihat kelibat sekumpulan budak uum yang main bowling gak hari tu.Diorang pun hebat.

Dari apa yang dapat aku pelajari bowling adalah permainan yang memerlukan tumpuan serta perhatian yang teliti dan bererusan sepanjang permainan.Kalau tidak kita payah nak main atau sekadar masuk longkang(macam aku).Ia juga bukan sekadar tumpuan tetapi posisi tangan ketika membuat balingan juga amat penting untuk ditekankan.Apabila tiba giliran membuat balingan,jangan terlalu ghairah atau gopoh.Tetapi apa yang penting adalah mengawal emosi serta perasaan seiring dengan kedudukuan tangan dan pandangan sasaran yang tepat serta betul mengenai pin-pin yang ada.Jika ini semua dapat diimplementasikan dengan baik dan seimbang maka untuk jatuhan strike(semua pin jatuh) bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi boleh dicapai.



Begitulah dalam hidup,kalau kita gagal mengawal perasaan ketika berdepan suatu masalah atau halangan maka kita mungkin akan tersungkur dalam hidup atau jatuh dalam "longkang".Tatapi apabila segala persiapan dan perancangan dibuat dengan rapi serta disusuli dengan usaha berterusan maka apa yang diimpikan tak mustahil akan tercapai.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto