AWALUL KALAM

Wednesday, December 30, 2009

Malaysia vs Syria

|

All the best!!Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk diberikan pada skuad bola sepak negara apabila melayan kunjungan Syria di Bukit Jalil malam ini. Ini baru 'friendly' belum apa-apa lagi.

Untuk pengetahuan,mengikut rekod terbaru yang dikeluarkan FIFA,Syria menduduki tangga ke 91 dunia manakala Malaysia sekadar menduduki tangga ke 160 dunia.

Walaupun jurang perbezaan angka ini agak besar,ini seharusnya tidak menjadi satu kayu ukur untuk meramal apa yang berlaku di atas padang pada malam ini.Kan bola itu bulat.Haha...Lagi satu bukti atau pun pendorong yang kita boleh ambil ialah Senegal yang menduduki tangga ke 89 dunia sekarang telah pernah menundukkan Perancis pada perlawanan pembukaan Piala Dunia tempoh hari yang mana Perancis pada kedudukan sekarang ialah di tangga ke 7 dunia.Lagi besar jurang angka tu kan..haha..

Apa-apa pun,tahniah buat K.Rajagopal kerana telah berjaya membawa pasukan negara untuk merangkul emas pada Temasya Sukan Sea di Laos tempoh hari.Buat seluruh skuad bola sepak negara selamat maju jaya diucapkan.Semoga saingan yang hebat akan dapat diterjemahkan pada aksi bertemu Syria malam ini.
Read more »

Friday, December 25, 2009

Balik Kampung

|

Lebih kurang jam 6 petang baru kami sampai di rumah setelah keluar dari rumah pada jam 11 pagi.Hari ni aku,adik,ayah dan mak balik kampung di Juru,Bukit Mertajam.Disini adalah kampung sebelah ayah.Mak aku di Tanah Liat.Disinilah tempat ayah aku dibesarkan sehinggalah mula bekerja dan berpindah apabila berumah tangga.Apabila melalui rumah Tok Wan aku yang telah dipenuhi lalang-lalang buas,memori silam terkenang kembali apabila zaman Tok(nenek) aku masih hidup kira-kira 7 tahun lalu.Tok Embun(nenek aku) telah pergi menghadap Ilahi pada tahun 2002.Ketika itu aku masih ingat apabila dijemput di dalam kelas 2.2 SMKA ALMASHOOR (L) oleh ayah untuk pulang kerana tok telah meninggal dunia.

Sebelum ini juga rumah usang inilah meenjadi tempat saudara mara berkumpul untuk berjumpa terutama apabila hari raya atau pada musim cuti sekolah.Sebelum kami berpindah ke Pulau Pinang,disinilah tempat kami pulang untuk beraya dari Kuala Lumpur.Apabila kami sampai di rumah tok,dia akan cium kami sepuas puasnya.hehe..cucu kesayangan la masa tu..Setiap hari dia akan siapkan lauk yang begitu banyak untuk kami.Tok wan akan mencari bantal dan tilam untuk kami tidur pada malamnya.Pada ketika itu Tok Wan adalah bilal masjid di situ.Sebab tu jugaklah kami ni senang orang kenal gak kat kampung tu.

Itu adalah suasana di rumah tok wan dan tok lebih kurang 7 tahun lalu.Kini semua tinggal kenangan.Sekarang Tok Wan tinggal dengan Man Ndak yang dok kat kampung tu jugak.Terima kasih untuk Mak Ndak dan keluarga kerana menjaga Tok Wan.Juga terima kasih kepada Pak Njang dan Mak Njang.Juga kepada ayah dan mak.Macam warga emas yang lain,ingatan Tok Wan tak berapa baik.Terpancar dari sinar wajahnya kesepian dan kesunyian yang teramat sangat apabila kami menjenguknya.Disaat-saat macam ni tumpuan anak-anak dan cucu adalah elemen yang teramatlah penting bagi mengisi ruang-ruang sisa masa yang makin senja mengufuk.Tapi yang menjadi masalahnya adalah kesedaran sivik yang kurang dari anak-anak dan cucu menyebabkan segmen timbal balas kasih sayang gagal untuk berjalan dengan baik seterusnya menimbulkan konflik dalam sesebuah keluarga.

Seperti selalu dalam drama-drama melayu ditv,apabila ayah dan mak telah menjengah usia,mereka seakan-akan bola sepak Piala Liga Juara-Juara Eropah yang disepak kesana kesini.Tentu kita pun tak nak jadi macam tu kan..

Bertepatan dengan itu lah Islam pun menganjurkan untuk memuliakan kedua ibu bapa.Nak kata uff pun tak boleh apatah lagi yang lain-lain..Sememangnya kita tak rasa apa yang mereka rasa sebab belum sampai giliran kita..Tapi tak kan nak tunggu sampai kita tua dan anak-anak kita buat benda yang sama kat kita baru kita nak insaf pulak..



Mahu atau tak kita mestilah menjadi satu generasi yang menyedarkan masyarakat sekeliling tentang kepentingan untuk memelihara ibu bapa dengan sebaik mungkin.Janganlah biarkan roda ini terus berputar tanpa ada sesiapa pun yang memperbetulakannya ke landasan yang lurus lagi terpuji.Oleh itu ayuh kita betulkannya bersama-sama..
Read more »

Thursday, December 24, 2009

awalul kalam

|

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...opps.tersasul plak..salam pembuka bicara buat semua.Pada saat dan ketika ini terdapat lebih beribu-ribu bahkan mungkin mencecah berjuta-juta atau beratus juta laman-laman blog yang telah wujud di muka bumi ini.

Bagi golongan belia remaja benda-benda semacam ini memang menjadi kegemaran.Walaupun di luar sana terdapat laman-laman lain seperti friendster,myspace,twitter, dan facebook tetapi blog mempunyai sedikit kelainan yang tersendiri yang tak dapat diterangkan oleh mulut atau pun tulisan.Biarlah anda sendiri yang merasainya..Pada mulanya aku tak minat nak menulis pun tapi minat kan suatu yang subjektif.Maknanya boleh berubah dan diubah(dipetik dari suara siswa tv1),maka ia boleh dibentuk dan dipupuk dengan bergantung kepada banyak faktor.

Diharapkan penglibatan aku dalam dunia blog ni dapat menyumbangkan apa-apa yang termampu diberikan.Selamat.......
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto