AWALUL KALAM

Thursday, January 7, 2010

s.d.g..?

|

S.d.g ialah singkatan untuk self development group.Ia adalah satu kelas atau satu sesi di Uum yang mana terdiri daripada seorang pensyarah dan juga 10 orang pelajar.Bagi aku tujuannya bagus tapi sering bertindih dengan keperluan lain yang tak kurang pentingnya.Semester ni adalah semester last aku untuk s.d.g.Aku bertuah kerana mendapat pensyarah yang boleh dikatakan orang penting untuk c.o.b(college of bussiness).Setiap kali perjumpaan,kami akan berkongsi pengalaman serta bercerita jika ada masalah dari pihak pelajar kepada pihak pentadbiran.Lupa nak gtau,sesi ini adalah dikendalikan dalam bahasa inggeris sesuai dengan tujuan asal perjumpaan ini.

Apa yang aku nak kongsi,pensyarah aku ni seorang yang suka bercerita dan juga berkongsi cerita.Banyak yang dia ceritakan pada kami termasuklah isu-isu yang agak panas seperti isu bas dan air yang melanda di Uum.

Apa yang boleh aku simpulkan ialah seorang manusia apabila seharian bekerja atau berurusan akan berasa begitu puas dan senang apabila dapat meluahkan isi hati yang terpendam pada seseorang atau suatu pihak.Ini secara tak langsung dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi serta mengeratkan lagi hubungan sesama kita.Kita juga akan merasai perbezaannya apabila kita meluahkan sesuatu yang tebuku di hati pada seseorang yang kita senangi.
Read more »

Wednesday, January 6, 2010

Jom pi kelas!!

|


Bagi seorang pelajar macam aku,bertemu dengan guru atau pensyarah adalah suatu kemestian pada setiap hari untuk menuntut ilmu.Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang bergelar mahasiswa atau yang sama waktu dengannya.Tapi ada satu benda yang kadangkala menjadi satu perkara atau hal yang tak diendahkan oleh kebanyakkan kita.Iaitu adab atau etika apabila berguru atau menuntut ilmu.Kita semua mesti berusaha supaya menjadi seorang yang beradab apabila mendatangi suatu majlis ilmu atau kuliah.

Bagi suasana di IPT,datang lambat ke kelas adalah menjadi suatu perkara kebiasaan kebanyakkan orang.Apabila ada orang yang datang awal,dia adalah seorang yang pelik(termasuk dalam 10 perangai pelik minggu ini).Situasi yang sebenarnya adalah kita hendak menimba ilmu dari pensyarah walaupun tak dinafikan dia pun boleh bertukar pandangan dengan kita.Jadi adalah amat baik jika kita sebagai pelajar yang sampai dahulu daripada dia.Tapi kalau ada perkara-perkara yang memang tak dapat elak memang tak boleh nak buat apa la.

Satu lagi benda yang selalu gak kita tengok pelajar bersembang ketika guru sedang mengajar dihadapan.Ini pun suatu yang amat tak elok diamalkan.Sekadar pandangan kalu kita tak faham sekalipun atau sebagainya,cuba duduk sebaik mungkin dan dengar dengan baik apa yang disampaikan.Lainlah kalau dia memang suruh kita bercakap.


Perkara yang paling popular masa dalam kuliah yang boleh aku letak adalah mengantuk.Ini tidak dapat tidak memang adalah suatu kelakuan yang sering dijumpai dalam kelas(termasuk aku).Aku pernah dengar satu ceramah oleh Ustaz Kazim.Dia adalah seorang yang sering mengajar di masjid-masjid dan juga membuka sekolah agama di Perak.Dalam satu ceramahnya,dia kata keutamaan anak murid apabila dalam kuliah adalah belajar iaitu mendengar apa yang disampaikan.Manakala keutamaan guru kepada anak murid pula alah mengajar pada anak murid sebaik mungkin.Tambahnya lagi kalau ada pelajar yang mendengar kuliahnya mengantuk dia tak akan marah,tapi dia akan merasakan bahawa apa yang dia ajar itu mungkin sukar untuk difahami oleh pelajar tersebut lantas pelajar itu pun tertidur.Dia akan menyalahkan dirinya dahulu kerana merasakan gagal untuk men'jaga'kan palajar tersebut.

Satu lagi yang juga menjadi budaya kita ialah memanggil guru kita dengan namanya(kadang-kadang aku pun terlepas).Ini juga menunjukan yang kita kurang sopan dengan guru kita.Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh letak encik,cik,puan.ustaz,ustazah dan sebagainya yang difikirkan bersesuaian dihadapan nama guru kita.Jadi,marilah sama-sama kita meningkatkan adab kita dengan guru semoga ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatan dari Ilahi.
Read more »

Tuesday, January 5, 2010

Chese.......

|

1,2,3 senyum.Itulah selalu ayat yang kita selalu dengar bila orang tangkap gambar.Tapi betulkah kita senyum masa tangkap gambar saja?Setiap hari kita berjumpa dengan macam-macam orang yang mempunyai berbagai-bagai ragam dan gelagat.Ada yang peramah ada yang penyayang ada gak yang pangganas(muka masam).Tapi tahukah kita senaman yang agak mudah untuk awet muda dan boleh meregangkan otot muka adalah senyum?

Senyum adalah satu jenis pemberian yang cukup mudah,kalau tak silap tak kena bayar apa-apa pun.Tapi menjadi satu kejanggalan masyarakat dinegara kita untuk memberikan senyuman apabila bersua dengan sesiapa pun kenapa ya?Aku pun jenis yang susah senyum gak,tapi cuba untuk berubah sikit-sikit untuk jadi orang yang senang untuk senyum.

Sebenarnya banyak sangat faedah yang kita dapat dari senyum ni.Antaranya kita mudah mendapat kawan.Bila orang senang tengok muka kita,dia pun senang untuk bertegur sapa dengan kita.Ini secara tak langsung akan meningkatkan kemahiran kita dalam berkomunikasi dengan lebih lancar lagi.Satu lagi,bila orang yang ada masalah tengok muka kita,masalah yang ada dalam kepala hotak dia pun akan berkurang,kalau tak banyak pun sedikit.Jadilah kan...

Dengan satu senyuman pun dah boleh mengubah 'mood' orang pada hari tu.Dari 'moody' kepada ceria.
Pensyarah pun kalau tengok semua pelajar dia senyum, rasa macam tak nak keluar kelas.Banyak lagi la faedah dia.Jadi,bermula dari saat ni ringan-ringankanlah untuk mengukir senyuman,percayalah kita akan rasa perbezaannya.Renung-renungkan dan selamat beramal(macam hot fm plak).
Read more »

Saturday, January 2, 2010

Longkang??

|



Semalam aku,Farid,Abe dan Kapan memeriahkan suasana di tempat bowling Aneka Jitra.Diantara kami yang paling handal ialah Abe iaitu juara bertahan di kampungnya(Kg Pening Lalat)haha..Manakala kami yang lain sekadar bertaraf amatur jalanan.Pandangan pertama aku tentang bowling ialah permainan budak-budak.Tapi sangkaan aku meleset sama sekali apabila "longkang" menjadi laluan aku pada balingan pertama dan kedua.Kawan-kawan aku hanya senyum kambing dan terus bagi sokongan supaya tabah menghadapi dugaan hidup.(Longkang=laluan bola di tepi lane)

Disamping itu,Farid dan Kapan juga mempunyai bakat yang terpendam dalam arena bowling apabila sekali- sekala menjatuhkan biangan pin yang banyak dari aku.Aku pun terus bagi galakan supaya terus maju tanpa menoleh kebelakang lagi.Tak jauh dari lane yang kami main,terlihat kelibat sekumpulan budak uum yang main bowling gak hari tu.Diorang pun hebat.

Dari apa yang dapat aku pelajari bowling adalah permainan yang memerlukan tumpuan serta perhatian yang teliti dan bererusan sepanjang permainan.Kalau tidak kita payah nak main atau sekadar masuk longkang(macam aku).Ia juga bukan sekadar tumpuan tetapi posisi tangan ketika membuat balingan juga amat penting untuk ditekankan.Apabila tiba giliran membuat balingan,jangan terlalu ghairah atau gopoh.Tetapi apa yang penting adalah mengawal emosi serta perasaan seiring dengan kedudukuan tangan dan pandangan sasaran yang tepat serta betul mengenai pin-pin yang ada.Jika ini semua dapat diimplementasikan dengan baik dan seimbang maka untuk jatuhan strike(semua pin jatuh) bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi boleh dicapai.



Begitulah dalam hidup,kalau kita gagal mengawal perasaan ketika berdepan suatu masalah atau halangan maka kita mungkin akan tersungkur dalam hidup atau jatuh dalam "longkang".Tatapi apabila segala persiapan dan perancangan dibuat dengan rapi serta disusuli dengan usaha berterusan maka apa yang diimpikan tak mustahil akan tercapai.
Read more »

Al-Fatihah buat Tok Mat

|



Post asal:Ihsan dari Berita Harian
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72, Isnin ini, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, semalam.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Tok Mat dan berasal dari Johor Bahru, meninggalkan tiga anak serta lima cucu.
Anak sulung Allahyarham, Datuk Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata, bapanya menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis di rumah setiap hari.

Beliau berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda kesakitan sejak beberapa hari lalu dan sempat pulang ke Johor berjumpa semua adik-beradiknya selepas beberapa tahun tidak bertemu.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 5.45 petang
Read more »
Related Posts with Thumbnails

Copyright © 2010 PADANG PASIR

Template N2y Shadow By Nano Yulianto